Halaman

Khamis, 4 Februari 2010

KEK BATIK


Kek yang amat senang dan simple..tak payah guna oven.Kek ni adalah kegemaran Zahin.Resepi dari Kak Raja.Su buat kek ni hari sabtu lepas,untuk bawa balik ke Lipis.


Bahan-bahan:

1/2 tin susu pekat manis
8 biji telur (su guna 6 biji sahaja)
250gm butter
1 gelas gula (su guna 1/2 gelas sahaja)
2 tsp coklat emulco
3 tbsp serbuk koko
1 tsp esen vanila
1/2kg biskut meri (dipatah 4)

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Campurkan semua bahan kecuali biskut kacau sebati.
Kemudian campurkan butter cair.
Masak guna api perlahan sehingga mendidih dan pekat (pastikan sentiasa kacau)
Tutup api dan masukkan biskut meri kemudian kacau.
Tekan biskut kedalam loyang dan biarkan sejuk.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan