Halaman

Khamis, 11 Februari 2010

BISKUT BUAH KANA

Resepi dari Chef Norzailina.Teringat makan biskut ni semasa zaman kanak-kanak dulu.

Bahan-bahan:
90gm gula aising (su guna 70gm shj)
150gm butter @ marjerin
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
170gm tepung gandum
100gm tepung jagung
1/2 tsp baking powder
Jem secukupnya (su guna jem strawberi)

Ayak tepung gandum,tepung jagung dan baking powder.
Pukul gula aising,butter dan telur sehingga sebati.
Campurkan esen vanila dan kacau rata.
Kemudian campurkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan didalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
Bakar 180'C selama 20 minit.
Sapukan jem pada biskut ketika ia masih panas dan tangkupkan dua.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan