Halaman

Ahad, 26 Mei 2013

russian black n white cake

sumber:naiz ismail~rakan fb


Bahan-bahan kek:


1 cawan serbuk koko~ayakkan..

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas

1/2 cawan susu cair~sue guna fresh milk

250gm butter

2 cawan gula perang

4 biji telur

2 tsp esen vanilla

2 cawan tepung gandum~ayak

2 tsp baking powder~ayak


satukan serbuk koko,gula halus dan air panas~kacau sedikit supaya tidak berketul~masak di atas api perlahan sehingga gula larut biarkan sejuk kemudian masukkan susu cair~kacau sebati dan ketepikan.


pukul butter dan gula perang sehingga kembang,masukkkan telur satu persatu seterus nya masukkan esen vanila.


Masukkan tepung berselang seli dengan adunan coklat tadi~kaup balik sehingga sebati.


Lengser dan alaskan loyang~tuang adunan


Bakar secara water bath dengan suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.


sejukkan kemudian potong kek kepada 3 bahagian.



bahan-bahan cream cheese frosting:


500gm cream cheese

250gm mascarpone~boleh digantikan dengan cream cheese kerana mascarpone agak mahal,tetapi jika guna mascarpone rasa nya lebih sedap.

100gm gula aising~ayak

1 tsp serbuk nescaffe


putar  cream cheese dan mascarpone sehingga lembut dan sebati


Masukkan gula aising dan serbuk nescaffe


Masukkan 1/2 adunan ke dalam piping bag,dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.



bahan-bahan ganache untuk filling:


50ml whipping cream

200gm coklat compound~potong kecil2


panaskan whipping cream sehingga kelihatan berbuih ditepi2 periuk,tutup api masukkan coklat compound kacau sehingga coklat larut.


Masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit~sehingga ganache keras sedikit untuk memudahkan di paipkan ke atas kek nanti.



Bahan-bahan ganashe untuk kek:(buat ganashe ini selepas kek disejukkan~pastikan cream cheese telah mengeras)


100ml whipping cream

300gm coklat compound


panaskan whipping cream sehingga kelihatan berbuih ditepi periuk~tutup api dan masukkan coklat compound~kacau sehingga coklat larut sepenuh nya.



potong kek kepada 3 bahagian


paipkn cream cheese frosting berselang seli dengan ganache filling~rujuk entry sebelum ni..


lapiskan kek dan ulang proses yang sama sehingga selesai.



apabila dah siap,ratakan cream cheese dikeseluruhan kek..kemudian sejukkan didalam peti sejuk selama 1 jam



tuang ganashe sehingga rata



untuk hiasan bunga rose tu sue guna kan fresh cream.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan