Halaman

Rabu, 8 Mei 2013

red velvet cheesecake




SUMBER: CHEF YON


Kek ini sue belajar ketika mengikuti kelas masakan oleh Chef Yon pada 12/1/2012...lama sangat dah..baru ni sue cuba buat...selain kek ini,Sue juga belajar buat chocolate indulgance cake.
kek ni mengunakan new york cheesecake,cheesecake ni kita kene sediakan terlebih dahulu dan di sejukkan sebab cheesecake ni sangat lembut.


bahan-bahan untuk new york cheesecake:


250gm cream cheese

50gm butter

100gm gula halus

2 biji telur gred A

2 Tbsp tepung jagung

1 tsp parutan kulit lemon

1 tsp esen vanilla

1/2 cawan sour cream~atau boleh juga gantikan dengan 1/2 cawan anchor cream dicampurkan dengan 1/2 tbsp jus lemon...tapi Sue tak ada stok sour cream atau pon anchor cream jadi Sue gantikan dengan plain yogurt sahaja...

1/2 cawan whipping cream~tak perlu diputar.



putar cream cheese dan gula sehingga berkrim,masukkan telur~putar sebati


masukkan parutan kulit lemon,esen vanilla dan tepung jagung


masukkan sour cream dan whipping cream.


tuangkan kedalam loyang~sue alas loyang dengan aluminium foil sebab pertama kali sue buat kek ni...jd sue tak tau keadaan tekstur nya...chef yon kata cheesecake ni sangat lembut.


bakar secara water bath selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150'C


sejukkan kek sebelum di gunakan...sue letak dalam peti sejuk sementara buatkan red velvet cake.




bahan-bahan untuk red velvet cake:


190gm butter


250gm gula


3 biji telur gred A


1 tsp esen vanilla


1 tsp baking soda


2 tbsp cuka masakan~boleh gantikan dengan cuka epal


1 tsp baking powder


310gm tepung kek/superfine~jangan guna self raising flour


1 cawan butter milk~1 cawan fresh milk + 1 tbsp jus lemon


1 tbsp pewarna merah~sue guna 1/2 tbsp sahaja


2 tbsp serbuk koko.



satukan tepung gandum,baking powder dan serbuk koko~ayak~ketepikan.


sediakan buttermilk~masukkan susu segar kedalam mangkuk dan tuangkan jus lemon~tak perlu dikacau~


putar butter dan gula sehingga berkrim masukkan telur satu persatu sambil terus putar sehingga kembang.


campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan esen vanilla


masukkan tepung ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk


putar sebati.


campurkan baking soda dengan cuka dan tuangkan kedalam adunan kek dan putar sebati.


gris dan alas loyang~sue guna loyang 9 inci


bakar selama 1 jam dengan suhu 150'C


sejukkan kek dan potong kepada 3 bahagian.




cheesecake yang sudah masak...ketika panas tekstur nye amat lembut...



sapukan cheese cream keatas lapisan pertama kek dan letak perlahan-lahan cheesecake


bahan-bahan cheese cream:


375gm cream cheese

70gm gula aising~ayak

1 tsp esen vanilla~sue juga tambahkan jus lemon

150gm butter~sue guna jenama scs


putar cream cheese dan butter sehingga sebati


masukkan gula aising~putar sebati


masukkan esen vanilla dan jus lemon



dah siap letak lapisan cheesecake,selepas ni sapukan sedikit cream cheese dan lapiskan lagi dengan kek.

sapu dan ratakan cream cheese






Sue deco simple2 ajer...kek birthday ni...kek ni pertama kali sue buat tapi sue tak rasa pon...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan