Halaman

Ahad, 26 Mei 2013

kek aiskrim strawberry


SUMBER: MYRESEPI


Sue buat kek ini sempena hari guru,buat 2 biji...satu untuk diberi pada Taska/Tadika Taqwa...satu lagi untuk makan sendiri...





bahan-bahan untuk kek span coklat:

bahan A:

4 biji telur gred A (5 biji jika guna telur gred B)

120gm gula kastor

1 tbsp ovelette


bahan B:

80gm tepung gandum

20gm serbuk koko

20gm tepung jagung

1 tsp baking powder


bahan C:

65gm butter cair~sejukkan dahulu



Satukan semua bahan A,putar dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan putih~dalam 15 minit ~sue putar 12 minit.


Satukan semua bahan B,ayak 5X


Masukkan bahan B kedalam adunan telur~putar sebati~dalam2-3 minit.


Masukkan bahan C,putar sebati.


Gris loyang,taburkan sedikit tepung gandum~sue guna loyang 7"


Bakar selama 45 minit dengan suhu 170'C


Apabila sudah masak,keluarkan dan hentak kan loyang kek 2/3 kali...kemudian telangkupkan/terbalikkan loyang kek atas redai dalam 10 minit (proses yang sama seperti kek chiffon)


Lalukan pisau disekeliling kek~keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.



Bahan-bahan aiskrim:


3 biji kuning telur

150gm susu segar

30gm gula kastor

150gm pes strawberry~sue guna 1 tsp strawberry emulco dan 5 biji buah strawbery didadu kecil2)

300gm fresh cream


Masak kuning telur,susu segar dan gula kastor dengan api perlahan sehingga pekat~sejukkan

Putar fresh cream sehingga kental,masukkan bahan yang di masak tadi~putar sebati

Campurkan pes strawbery~putar sebati~simpan didalam peti sejuk sementara menunggu kek sejuk.



Potong kek kepada 3 bahagian..lapiskan dengan aiskrim


Apabila sudah siap,tutup loyang dengan plastik wrap dan sejukkan dalam freezer selama 3 jam atau semalaman.





Kek yang telah disejukkan dan dikeluar kan dari loyang~sue guna loyang untuk cheesecake (boleh di buka di bhgn dasar nya)



hiaskan kek dengan fresh cream






hias simple jer...cuma letak buah strawbery...


yang ini untuk nursery Atiqah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan