Halaman

Khamis, 22 Julai 2010

CREAM PUFF


First time buat cream puff.Resepi dari 1001 resepi dan resepi asal dari el-weena irikh.Sedap dan lembut..resepi ni akan dapat lebih kurang 28 biji cream puff.

Bahan-bahan utk puff:

125gm tepung gandum.
2 tsp baking powder.
100gm butter.
250ml air.
1/2 tsp gula.
3 biji telur.

Panaskan air,gula dan butter didlm periuk sehingga mendidih.
Masukkan tepung dan kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
Sejukkan sebentar,pukul telur satu persatu kedalam adunan menggunakan mixer.
Guna nozzle bentuk bintang,masukkan adunan kedalam piping bag.
Paipkan kedalam loyang.
Sebelum bakar,spray air ke atas permukaan puff (untuk membantu adunan naik).
Bakar 200'C lebih kurang 30 minit atau sehingga kekuningan.
Sesudah masak,gunting sedikit di bahagian tepi untuk masukkan inti custard.

Bahan-bahan untuk custard:

1 cawan air.
1/2 cawan susu cair.
1/2 cawan tepung kastard.
5 tbsp gula.

Kacau tepung kastard dan air,kemudian masukkan kedalam periuk.
Campurkan susu cair dan gula.
Masak guna api perlahan sambil dikacau sehingga masak.
Sejukkan dan paipkan kedalam puff tadi.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan