Halaman

Khamis, 22 Julai 2010

PUDING PELANGI


Ni pon buat utk bawa balik kampung.Resepi dari myresepi.Dah banyak kali buat puding ni..sebab sedap dan mudah jer.Sepatutnya buat dalan 3 warna,tapi ni nak cepat so buat dua warna jer..mula buat 8.30am,..lepas ni nak buat egg tart dan cream puff..nak balik kg pulak pukul 11.30am..so buat yg paling mudah dan ringkas laa...hehe..

Bahan-bahan:

10gm serbuk agar-agar
650ml air
180gm gula-su guna 150gm jerk
60gm butter
1 biji telur
1/2 tin susu cair
1 tbsp tepung kastard
1 tbsp serbuk koko
1 tsp esen vanila
pewarna merah dan hijau

Masak agar-agar,air dan gula sehingga mendidih,kemudian ketepikan.
Pukul telur,susu cair dan tepung kastard-kacau rata dan tapis.
Campurkan kedalam agar-agar dan kacau rata dan masak semula sehingga mendidih.
Kemudian campur butter dan esen vanila-kacau rata-tutup api.
Bahagikan kepada 3 bahagian dan letak serbuk koko dan pewarna.
Loyang hendaklah ditinggikan sedikit (sebelah sahaja).
Tuang agar-agar perlahan-lahan dan selang selikan warnanye.
Buat sehingga selesai dan kembalikan kedudukan loyang seperti asal.
Sejukkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan