Halaman

Khamis, 13 Mac 2014

pie

sumber:blog kak jee(Kak Fauziah Abd Samad)

terima kasih pada kak jee yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni...sue dah pernah buat pie banyak kali...dan ini crust yang paling sue suka dan menepati citarasa...ranggup di bahagian luar dan lembut didalam nya...untuk cara2 dan petua yang lebih detail...boleh rujuk di blog kak jee yerr...

bahan-bahan inti:

200gm daging kisar~sue guna daging biasa yang dipotong kecil...
3 ulas bawang putih~cincang
1 labu bawang besar~dipotong dadu
1 batang karot~dipotong dadu
1/2 biji capsicum~dipotong dadu
4 biji cendawan butang~di potong kecil
1 kiub daging
2 tbsp tepung gandum
2 tbsp butter
1/2 cawan minyak jagung
2 tbsp lada hitam

panaskan butter dan minyak jagung sehingga butter cair.

tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi...masukkan tepung gandum..goreng sehingga berwarna keemasan..masukkan daging...masak...biarkan sebentar...masukkan air..kiub..lada hitam yang telah ditumbuk...masak sehingga air hampir kering.

masukkan karot..capsicum..cendawan..masukkan juga garam..masak sehingga kering...sejukkan...


crust:

250gm premium butter~sue guna butter anchor
2 cawan tepung gandum
3-7 tbsp air ais
secubit garam
secubit gula


potong dadu butter sejuk...(butter sejuk beku)...campurkan dengan tepung~gaul sebati dengan tepung...tak perlu sehingga butter cair...biarkan butter berketul-ketul sedikit...

gaul guna hujung jari sahaja...masukkan garam dan gula...dan air sejuk...kepal menjadi doh...tak perlu uli...balut doh dengan plastik...simpan didalam peti sejuk selama 1/2 jam.

bentukkan doh...masukkan kedalam bekas pie...letak inti..

bakar dengan suhu 180'C selama 30-40minit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan