Halaman

Selasa, 24 November 2009

KEK LAPIS STRAWBERY-24/11/2009


Resepi dari chef Zubaidah ketika su mengikuti kelas masakannya.

Bahan-bahan:

6 biji telur (medium size)
125gm susu pekat manis
80gm gula aising
100gm tepung gandum
250gm butter
1 tsp baking powder
1 tbsp ovelette
1 tbsp strawbery emulco
1 tsp pewarna rose pink


Ayak tepung dan baking powder.
Pukul telur,gula aising dan ovelette sehingga kembang dan putih.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit (low speed)
Dibekas yang berasingan pukul butter dan susu sehingga kembang.
Campurkan adunan butter ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian.
Masukkan pewarna pink dan strawbery emulco kedalam 1 bahagian adunan,dan 1 bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Gunakan loyang 7'x7' gris dan alas dengan kertas.
180'C dan bakar selapis demi selapis sehingga habis.

Isnin, 23 November 2009

CORNFLAKES BEREMPAH-23/11/2009


Snek yang sedap...resepi dari rumah jun.

Bahan-bahan:

3 cawan cornflakes
2 tbsp minyak
1/2 tsp jintan putih
1/2 cawan kekacang (pangang) su guna badam dan gajus
1/2 cawan raisin 
1/2 cawan ikan bilis (digoreng)
1 tsp serbuk cili
1/3 tsp serbuk kunyit
1 tsp garam
1/2 tsp gula
1 tsp jus limau @ air asam jawa

BISKUT DAHLIA-23/11/2009



Semalam su cuti anak demam,kesian pulak nak hantar kat nursery so sambil2 cuti tu buat biskut ni.Resepi dari blog mat gebu. 

Bahan-bahan:

300gm butter
160gm gula aising (su guna 140gm je)
2 biji kuning telur
1 tsp esen ros
240gm tepung gandum
100gm tepung jagung
160gm tepung kastard
ceri merah-sebagai hiasan


Campurkan kesemua jenis tepung dan ayak.
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan esen ros kemudian pukul sebati.
Masukkan tepung gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
Bakar 175'C selama 15-20 minit.

BUTTER CAKE-23/11/2009



Kek ni amat senang nak buat.very simple...resepi dari mak.


bahan-bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan butter
2 cawan tepung kek
1 tsp esen vanila

pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur.
Masukkan butter dan esen vanila pukul sebati kemudian masukkan tepung kek gaul sebati.
Alas loyang dengan kertas dan bakar 200'C selama 30-40 minit.

Isnin, 16 November 2009

PAI AYAM




KUIH BAKAR PANDAN

Resepi ni su ambil dari myresepi.bahan2nye tak banyak dan mudah untuk membuatnya.teksturnya lembut.


bahan2:

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (su guna 1/2 cwn shj)
1 cawan air daun pandan (su guna 3 helai daun pandan)
1 cawan santan pekat (su guna santan kotak kecil ayam brand dan tak guna susu cair)
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit pewarna hijau

campurkan semua bahan dan blender.Bakar 180'C selama 45minit.

Rabu, 11 November 2009

bahulu


First time buat bahulu,buat pada hari sabtu lepas saje2 nak mencuba resepi dan acuan yang di beri oleh mak mertua.Su guna resepi dari kak Rabinah.

ROTI LAGI...


Roti ni buat malam tadi.Guna resepi yang sama seperti post sebelum ini.

Selasa, 3 November 2009

bersama sifu


Ni gambar su bersama bonde dan mak engku..Depa dua org ni pandai masak,boleh la nk mintak ape2 petua

kek coklat


kek ni wat sempena jamuan kt opis,sajela hias sket2 tp nmpk comot je...bunga ros tu nk perabihkan buttercream.kat dalam kek ni su lapiskan dng blueberry filling.resepi ni senang je...tapi later lah ye...

bahan-bahan:

3 telur (asingkan putih dan kuning)
120gm tepung
175gm gula
60ml minyak
125ml air panas
24gm serbuk koko
2 tsp baking powder
secubit garam
vanilla essence

ayak tepung,garam dan baking powder.
campurkan serbuk koko dan air panas.
pukul kuning telur bersama minyak,gula,esen vanila dan bancuhan koko.
kemudian campurkan tepung.
didalam bekas lain pukul putih telur sehingga kembang dan campurkan
kedalam bancuhan tadi.
bakar 180'C  40-45 minit.