Halaman

Memaparkan catatan dengan label kuih lapis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih lapis. Papar semua catatan

Rabu, 18 September 2013

KUIH LAPIS





SUMBER:MAI SHARE RESEPI



2 CAWAN TEPUNG BERAS

1 CAWAN TEPUNG GANDUM

SEDIKIT GARAM

1 1/2 CAWAN GULA

1 BIJI TELUR

2 CAWAN SANTAN PEKAT

2 CAWAN AIR

SEDIKIT MINYAK~UNTUK DI SAPU PADA LOYANG

PEWARNA PINK DAN ESEN ROSE



SEDIAKAN KUKUSAN.

CAMPURKAN SEMUA BAHAN KECUALI PEWARNA

PUTAR SEBATI SEHINGGA GULA HANCUR DAN ADUNAN TIDAK BERKETUL.

TAPIS DAN BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN.

SATU BAHAGIAN DICAMPURKAN DENGAN PEWARNA PINK DAN ESEN ROSE.

SAPU LOYANG DENGAN DENGAN MINYAK.

KUKUS LAPISAN MERAH 5 MINIT.

KUKUS PULA LAPISAN PUTIH SELAMA 5 MINIT...ULANG PROSES SEHINGGA HABIS.

UNTUK LAPISAN TERAKHIR KUKU SELAMA 25 MINIT

SEJUKKAN...

POTONG DENGAN PISAU PLASTIK...





Ahad, 8 September 2013

kuih lapis



resepi dari mai share recepi di fb...



bahan-bahan:


2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

sedikit garam

1 1/2 cawan gula

1 biji telur

2 cawan santan pekat

2 cawan air

sedikit minyak~untuk disapukan pada loyang

pewarna merah~sue guna pewarna pink dan esen rose.

***sue hanya buat separuh dari adunan di atas~sue guna loyang 6"***



sediakan kukusan...guna api sederhana sahaja...

campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali pewarna merah.

kacau sehingga sebati dan gula hancur...sue guna whisk sahaja..

tapis...dan bahagikan kepada 2 bahagian..

satu bahagian campurkan dengan pewarna merah dan sedikit esen rose

satu bahagian lagi warna asal..

sapukan loyang dengan minyak

kukus setiap lapisan selama 5 minit...untuk lapisan terakhir,kukus selama

25minit.










Selasa, 9 April 2013

kuih lapis



Sumber: kongsi resepi~fb


bahan-bahan:


2 cawan tepung beras

1 cawan tepung ubi

1 cawan gula

1/2 tsp garam

5 cawan santan

pewarna merah dan esen rose



Blend semua bahan sehingga sebati

Bahagikan kepada 2 bahagian,1 bahagian campurkan dengan pewarna merah dan esen rose.1 bahagian lagi biarkan warna asal.

Panaskan kukusan,gris loyang dengan sedikit minyak.

Kukus 5 minit bagi setiap lapisan.

Kukus selama 30 minit untuk lapisan yang terakhir.




Khamis, 20 Disember 2012

kuih lapis


sumber: kawan fb reen khan

Sue buat kuih lapis ni sebelum pergi opis pagi ni,untuk adunan di bawah sue bahagikan  kepada 2 bahagian dan guna dua loyang 7x7...sebab tu lapisan nya tidak tebal..


bahan-bahan:

4 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

1 1/2 cawan gula~sue guna 1 cawan sahaja

6 cawan santan~sue guna 400ml santan kotak dicampurkan dengan air sehingga menjadi 6 cawan.

pewarna pilihan~sue guna warna merah dan hijau



campurkan semua bahan kecuali pewarna~kacau rata dan sebati kemudian tapiskan.

bahagikan kepada 2 atau 3  bahagian~bergantung kepada berapa warna yang digunakan.

campurkan pewarna.

panaskan kukusan dan gris loyang dengan sedikit minyak.

masukkan loyang ke dalam kukusan,masukkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit.

masukkan lapisan kedua dan seterusnya sehingga habis.

untuk lapisan terakhir,kukus selama 20 minit

sejukkan kuih lapis sebelum di potong.



boleh dikeluarkan dari loyang seperti ini...yang ini untuk kawan hubby sue.



sue keluarkan kuih ni semasa ianya masih panas lagi sebab nak cepat,nak ke opis...sepatut nya tunggu ianya sejuk dulu...



siap dah...


yang ini untuk jiran sue







Selasa, 10 Julai 2012

kuih lapis

Sue buat kuih lapis ni pagi sebelum pergi opis,bawak ke opis dengan loyang2 nyer sekali sebab

kuih masih panas lagi..tak boleh nak potong lagi...resepi nye mudah aje...


bahan2:


2 cawan tepung gandum

4 tbsp tepung beras

4 tbsp tepung jagung


1 cawan gula

1 tsp garam

1 kotak kecil santan (200ml)

2 cawan air



campurkan semua bahan2 di atas kacau sebati kemudian tapis kan

bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kesukaan
panaskan kukusan,gliskan loyang dengan minyak
kukus selapis demi selapis...kukus selama 5-7 minit untuk setiap lapisan

untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit dengan api sederhana sahaja.

sejukkan dahulu kemudian potong dengan menggunakan pisau plastik.

kuih lapis ni x melekat di loyang,boleh dikeluarkan cam kek ajer..
Sue gunakan loyang 7x7
dahh sejuk dahhh...masa untuk potong...
Sebab kuih ni banyak so Sue potong dan bagi pada staff2 bahagian wad dan klinik juga doktor2

Ahad, 30 Oktober 2011

kuih lapis warna warni

Sue ambil resepi ni dr blog Azlita,resepi asal kuih lapis ni dr Chef Hanieliza.Sedap kuih lapis ni,lembut dan tak manis sangat,nak buat pon mudah aje..


..guna loyang kecik aje,bahan2 nye pon mudah

bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung beras
2 tbsp tepung jagung
3/4 cawan gula
2 cawan santan~sue guna santan kotak 200ml
1 tsp garam
pewarna pink,hijau dan oren

gaul semua bahan kecuali pewarna kemudian tapiskan
bahagikan kepada 4 bahagian
campurkan pewarna kpd setiap bhgn
panaskan kukusan,gris loyang dgn sedikit minyak
kukus selapis demi selapis sehingga habis
setiap lapisan kukus selama 5 minit dan 15 minit untik lapisan yang terakhir
sejukkan dahulu baru di potong.

dah sejuk dan boleh la dikeluarkan dr loyang

kuih lapis ni mudah di potong dengan menggunakn pisau plastik
budak2 suka makan kuih ni
yang ini untuk d beri kn pd jiran






Jumaat, 3 Jun 2011

kuih lapis seriwarna

Pertama kali buat kuih lapis...resepi dari myresepi.Sue guna loyang 9' x 9'.

Bahan-bahan:

1950ml santan~dari 2 biji kelapa
450gm gula~Sue guna 400gm shj
3 helai daun pandan
11/2 tsp garam
225gm tepung gandum
225gm tepung beras
75gm tepung ubi~Sue guna tepung jagung sbb tepung ubi abih stok..
pewarna merah dan coklat emulco

Campurkan santan,gula,daun pandan dan garam~masak sehingga mendidih kemudian sejukkan.
Masukkan tepung kedalam adunan santan~kacau sebati~tapis.
Bahagikan kpd 3 bahagian~letak pewarna.
Kukus setiap lapisan 5 minit
Bagi lapisan terakhir,kukus selama 15-20 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.