Halaman

Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

red velvet cupcakes


sumber:blog kakzu


 bahan-bahan:


5 biji telur
370gm gula kastor
250gm butter
340gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1 cawan buttermilk~1 cawan susu segar dicampur dengan 1 tbsp jus lemon (tak perlu dikacau)
4 tbsp pewarna merah~bright red
1 tsp baking powder
1 tsp cuka makan


ayak tepung dan serbuk koko.

sediakan buttermilk.

putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu.

masukkan telur sebiji demi sebiji~telur dipukul sedikit supaya kek halus) 

masukkan pewarna merah kedalam buttermilk. 

campurkan tepung berselang seli dengan buttermilk.

campurkan baking powder dengan cuka makan~kacau sebati.

masukkan campuran cuka kedalam adunan kek~putar sebati.

panaskan oven dengan suhu 180'C.

masukkan adunan kek kedalam bekas cupcakes.

bakar selama 30 minit.



bahan untuk cream cheese:


250gm cream cheese
130gm gula aising~ayak
130gm butter~gunakan butter high quality untuk rasa yang lebih sedap
1 tsp jus lemon~jika suka


putar semua bahan sehingga sebati~tak perlu putar lama.
hiaskan di atas kek.




 

KEK SPAN COKLAT

KEK SEMPENA JAMUAN RAYA DI TASKA TAQWA


BAHAN A:


4 BIJI TELUR GRED A

120GM GULA KASTOR

1 TBSP OVELETTE


PUTAR SEMUA BAHAN SEHINGGA KEMBANG DAN PUTIH~PUTAR SELAMA 12-15 MINIT.



BAHAN B:


80GM TEPUNG GANDUM

20GM SERBUK KOKO

20GM TEPUNG JAGUNG

1 TSP BAKING POWDER


SATUKAN SEMUA BAHAN,AYAK 5 KALI.



BAHAN C:


65GM BUTTER~DICAIRKAN DAN DIBIARKAN SEJUK.


MASUKKAN BAHAN A KEDALAM BAHAN B,PUTAR SEBATI SELAMA 2 MINIT.

MASUKKAN BAHAN C~PUTAR SEBATI.

GRIS LOYANG,TABURKAN SEDIKIT TEPUNG GANDUM DAN RATAKAN DI KESELURUHAN LOYANG.

SUE GUNA LOYANG 8".

BAKAR SELAMA 45 MINIT DENGAN SUHU 170'C.

APABILA SUDAH MASAK,KELUARKAN LOYANG DARI OVEN DAN HENTAK-HENTAKKAN LOYANG 2@3 KALI.

TERLANGKUPKAN LOYANG DI ATAS REDAI,BIARKAN 10 MINIT

LALUKAN PISAU DISEKELILING KEK,KEMUDIAN KELUARKAN KEK.

SEJUKKAN KEK SEBELUM DIHIAS.

KEK DIPOTONG KEPADA 2 BAHAGIAN,LAPISKAN DENGAN CREAM.

HIAS KEK DENGAN CREAM.



UNTUK HIASAN,SUE GUNA NON-DIARY WHIPPING CREAM.

HIASAN PULA,ATIQAH YANG PILIHKAN...NAK ITIK LA...NAK LION...NAK KOLAM DAN POKOK JUGA...KEK DAH JADI MACAM ZOO...

ATIQAH HUDA CERIA SEBELUM KE NURSERY...

SELAIN DARI KEK INI,SUE JUGA BUATKAN CUPCAKES RED VELVET.


RESEPI DI ENTRY BERIKUT NYA...

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:


200GM BISKUT DIGESTIVE

80GM BUTTER CAIR


HANCURKAN BISKUT,CAMPURKAN DENGAN BUTTER CAIR DAN PADATKAN KEDALAM LOYANG.

SIMPAN DIDALAM PETI SEJUK.


250GM CREAM CHEESE

60GM GULA HALUS

1 1/2 TBSP SERBUK GELATIN HALAL

1 CAWAN AIR SUAM

1 TBSP JUS LEMON

200ML WHIPPING CREAM


BLUEBERRY FILLING




LARUTKAN GELATIN DIDALAM AIR SUAM~KETEPIKAN.

PUTAR CREAM CHEESE DAN GULA HALUS SEHINGGA SEBATI.

PUTAR WHIPPING CREAM SEHINGGA KEMBANG.

SATUKAN KEDUA-DUA BAHAN~SEBATI.

MASUKKAN LARUTAN GELATIN~KACAU SEBATI.

MASUKKAN JUS LEMON.

MASUKKAN 3 TBSP BLUEBERRY FILLING~KACAU PERLAHAN SAHAJA.

TUANG ADUNAN KEDALAM LOYANG YANG ADA BISKUT TADI.

SIMPAN DIDALAM PETI SEJUK SELAMA 3-4 JAM.

BILA DAH KERAS,RATAKAN SEDIKIT BLUEBERRY FILLING DI ATAS KEK.

SEDAP DIMAKAN KETIKA KEK SEJUK.

Selasa, 8 Julai 2014

aneka kek

Kek span coklat dengan hiasan whipping cream

Russian black n white cake dan indul.choc cake
Choc ind.cake
Kek span coklat 
Choc cheese moist cake
Choc cheese moist cake
Red velvet cheese cake
Kek karamel
Kek span coklat dan whipping cream
red velvet cake

kek coklat moist


Sumber:chef norzailina

3 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanilla


Bahan A:

140gm gula perang
250ml susu coklat
250ml minyak
50gm serbuk koko
150gm susu pekat


Bahan B:(bahan ayak)

150gm tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat


Masak semua bahan A dengan api perlahan-sebati dan larut- sejukkan.

Putar telur sehingga kembang-masukkan esen vanilla.

Tuang bahan B berselang seli dengan bahan A-putar sebati.

Alas dan lengser loyang.

Sediakan kukusan.

Tuang adunan kedalam loyang...ratakan...tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus dengan api sederhana selamam 1 jam.

Sejukkan.


Topping coklat:

250gm coklat masakan (potong kecil)
3 tbsp whipping cream
3 tbsp butter

Masak semua bahan di atas dengan kaedah double boiler...sejukkan seketika sebelum dituang ke atas kek.

Untuk kek yang ini...su hias dengan whipping cream...




butter cake


Sumber:kongsiresepi fb



250gm pure butter~su guna scs
250gm tepung naik sendiri
180gm gula kastor~su guna 150gm
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Sedikit esen vanilla


Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung berselang seli demgan susu segar
Putar sebati
Gris loyang...su guna loyang bulat 8"
Bakar selama 40-45 minit dengan suhu 180'C.

Sabtu, 22 Mac 2014

swiss roll oren


sumber:sue-hasue.blogspot.com

sebelum ni su buat swiss roll perisa coklat...resepi dr blog sue-hasue tu...ok...menjadi dengan elok dan sedap...su cuba olah sedikit resepi untuk buat perisa oren dan strawberry pula...

bahan yang mudah dan senang nak buat...untuk kali ni...su tunjukkan satu persatu cara nak buat corak dan proses untuk gulung kek.

bahan A:

3 biji telur gred A atau B
4 tbsp gula kastor~su guna 3 tbsp sahaja
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp oren emulco
1/2 tsp ovelette
5 1/2tbsp tepung gandum

bahan B:

60gm butter~dicairkan~sejukkkan


putar semua bahan A dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan gebu~putar selama 7-9 minit.

masukkan butter cair~kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati.

asingkan 2 tbsp untuk dicampurkan dengan sedikit pewarna oren untuk di buat corak di permukaan kek.

alaskan loyang dengan kertas...tuang dan ratakan adunan kek






ketuk perlahan -lahan loyang agar adunan rata...sediakan adunan untuk dibuat corak di atas kek.

paipkan ke atas kek secara melintang...

buat sehingga selesai...


lorekkan garisan yang dibuat tadi...lorek berselang seli keatas dan kebawah...boleh juga jika nak lorekkan satu hala samada ke atas atau bawah sahaja..terpulang pada masing-masing...




buat sehingga selesai...

dah siap....sedia untuk dibakar...suhu 170'C selama 20 minit dengan api atas dan bawah.

kek yang telah masak...keluarkan kek sebaik sahaja kek dah masak...sejukkan sebentar...

kek yang lembut dan gebu...

letak kan sekeping kertas di atas permukaan kek...terbalikkan kek dengan cermat ke atas permukaan yang rata...

macam ni...sedia untuk tarik kertas lapik kek...

tarik perlahan-lahan...

kek telah sedia untuk disapukan krim...filling...jem...nutella...terpulang kepada citarasa masing-masing..su guna non diary whipping cream ajer...

sapu dan ratakan krim..

gulung kek dengan cermat..gulung dengan mengunakan kertas lapik kek tadi....untuk resepi yang ini...su da buat 3 kali...ok...permukaan kek cantik..kek juga lembut dan gebu...

selesai proses mengulung kek...

balut kek dengan kemas...simpan didalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum potong kek...

anak-anak su suka kek ni...zahin suka perisa oren...atiqah pula macam biasa suka perisa strawberry...

untuk perisa strawberry...su guna resepi yang sama cuma tukar kan ke perisa strawberry sahaja...su guna strawberry emulco...

swiss roll strawberry...

untuk corak di atas kek...su hanya paipkan buat bentuk bunga saja...


yang ini pula perisa coklat...

Rabu, 19 Mac 2014

swiss roll coklat



sumber:sue-hasue.blogspot.com

bahan A:

3 biji telur gred A atau B
4 tbsp gula kastor
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp ovellette
3 tbsp tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1/2 tbsp susu tepung

bahan b:

60gm butter~dicairkan~sejuk


putar semua bahan A dengan kelajuam maksima sehingga kembang dan berkrim~selama 7-9 minit

masukkan butter cair~kaedah kaup balik dengan spatula sahaja.

asingkan 2 tbsp dan campurkan dengan coklat emulco~untuk di buat corak di atas kek.

alas loyang dengan kertas...loyang 11x8..

tuamg dan ratakan adunan...

paipkan adunan yang diasingkan tadi...cuat corak yang disukai

bakar 170'C selama 20 minit...guna api atas dan bawah.

apabila kek dah masak.keluarkan dari oven..biarkan sejuk seketika...letak sekeping kertas kalis minyak dipermukaan kek dan terbalikkan kek keatas permukaan yang rata...tarik perlahan-lahan alas kek semasa di bakar tadi.

sapukan cream...atau jem..ikut kegemaran masing-masing.

sue gunakan whipping cream sahaja.

gulung kek dengan cermat dan berhati-hati...~gulung dengan kertas kalis minyak tadi..

simpan kek di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum di potong


kek yang telah disejukkan..
kek yang sedap dan lembut...






choco mousse brownies


sumber:myresepi

brownies:

45gm butter
65gm gula halus
1 biji telur
50gm tepung gandum*
1/2 tsp baking powder*
1 tbsp serbuk koko*

*ayak...

putar butter dan gula halus sehingga kembang dan putih.

masukkan telur ~putar selama 3-4 minit

campurkan bahan ayak...kacau rata

alas loyang

bakar 12-15 minit suhu 170'C

sejukkan..


mousse:

140gm coklat masakan
1 tbsp gelatin
100ml air
2 biji putih telur
200gm whipping cream
40gm gula halus

masukkan gelatin kedalam air,biarkan 5 minit~kacau~larut

cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler~tutup api...masukkan gelatin~kacau rata~bairkan sejuk.

putar putih telur sehingga meringue sambil campurakan gula halus sedikit demi sedikit

dalam mangkuk yang lain,putar whipping cream sehingga berkrim

masukkan coklat cair dan whipping cream kedalam putih telur

putar rata dan sebati

sediakan brownies...masukkan brownies kedalam loyang springfoam...curahkan mousse...sejukkan...su biarkan semalaman didalam peti sejuk...taburkan serbuk koko...su taburkan parutan coklat compound.

su buat resepi ni double...so dapat 2 biji...



baru dikeluarkan dari loyang


siap packing...su nak bawa kerumah abang di taman melati dan juga kajang.


kek lapis asam manis



Kemas peti sejuk..terjumpa asam haw flakes ni...sue beli asam ni di Muslim Supermarket di Beijing...beli satu bungkus aje...nak menghabiskan haw flakes ni...su buat la kek lapis ni...


bahan-bahan:

6 biji telur gred B
60gm gula aising
1 tbsp ovellete
100gm self raising flour
250gm butter
125gm susu pekat manis
haw flakes secukupnya
pewarna merah,hijau dan kuning lemon.

putar telur,gula aising dan ovelette sehingga kembang...dalam 5 minit..

masukkan tepung sedikit demi sedikit smbil di putar dgn kelajuan minima~rata dan sebati...

dalam mangkuk yang lain,putar butter dan susu oekat sehingga berkrim

masukkan butter sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dengan kaedah kaup balik...kacau sebtai dan rata.

bahagikan adunan kepada 3 bahagian,campurkan sdikit pewarna.

gris dan alas loyang dengan kertas...su guna loyang 7x7

masukkan 5 sudu besar lapisan pertama..masukkan sebentar kedalam oven...tujuan nya utk adunan kek mencair sedikit...bagi memudah kan untuk meratakan adunan kek...keluar kan loyang...ratakan adunan dengan sudu...bakar dengan mengunakan api atas dan bawah sehingga bahagian atas permukaan kek berwarna coklat...seperti warna kulit telur...suhu 180'C.

keluarkan loyang,masukkan 4 sudu besar lapisan kedua pula...ratakan...susun haw flakes..untuk lapisan kedua dan seterusnya hanya guna api atas sahaja...bakar sehingga permukaan kek menjadi warna coklat...ulang proses yang sama sehingga selesai...su hanya letak haw flakes pada lapisan yg berwarna kuning sahaja...terpulang laa nak letak di lapisan yang mane...






sue juga buat kek lapis prune...


untuk kek lapis prune ni...su gunakan resepi yang sama,cuma su kurangkan gula jer...

Khamis, 13 Mac 2014

kek span strawberry

sumber: mai share resepi di fb

sue buat kek ini untuk atiqah...dah lama dia minta kek gambar bear...buat untuk dia makan dengan cikgu dan kawan-kawan nursery...

2 cawan tepung gandum~ayak
1 tsp baking powder-ayak
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 tsp strawberry emulco
1 tsp pewarna pink
3/4 cawan air@fresh milk@susu cair

campurkan semua bahan-bahan diatas kecuali tepung,blend sehingga halus dan berkrim...masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati...

gris loyang...tuang adunan...bakar selama 45 minit dengan suhu 170'C.

untuk hiasan,sue hanya gunakan fresh cream.