Halaman

Memaparkan catatan dengan label swiss roll. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label swiss roll. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Mac 2014

swiss roll oren


sumber:sue-hasue.blogspot.com

sebelum ni su buat swiss roll perisa coklat...resepi dr blog sue-hasue tu...ok...menjadi dengan elok dan sedap...su cuba olah sedikit resepi untuk buat perisa oren dan strawberry pula...

bahan yang mudah dan senang nak buat...untuk kali ni...su tunjukkan satu persatu cara nak buat corak dan proses untuk gulung kek.

bahan A:

3 biji telur gred A atau B
4 tbsp gula kastor~su guna 3 tbsp sahaja
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp oren emulco
1/2 tsp ovelette
5 1/2tbsp tepung gandum

bahan B:

60gm butter~dicairkan~sejukkkan


putar semua bahan A dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan gebu~putar selama 7-9 minit.

masukkan butter cair~kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati.

asingkan 2 tbsp untuk dicampurkan dengan sedikit pewarna oren untuk di buat corak di permukaan kek.

alaskan loyang dengan kertas...tuang dan ratakan adunan kek






ketuk perlahan -lahan loyang agar adunan rata...sediakan adunan untuk dibuat corak di atas kek.

paipkan ke atas kek secara melintang...

buat sehingga selesai...


lorekkan garisan yang dibuat tadi...lorek berselang seli keatas dan kebawah...boleh juga jika nak lorekkan satu hala samada ke atas atau bawah sahaja..terpulang pada masing-masing...




buat sehingga selesai...

dah siap....sedia untuk dibakar...suhu 170'C selama 20 minit dengan api atas dan bawah.

kek yang telah masak...keluarkan kek sebaik sahaja kek dah masak...sejukkan sebentar...

kek yang lembut dan gebu...

letak kan sekeping kertas di atas permukaan kek...terbalikkan kek dengan cermat ke atas permukaan yang rata...

macam ni...sedia untuk tarik kertas lapik kek...

tarik perlahan-lahan...

kek telah sedia untuk disapukan krim...filling...jem...nutella...terpulang kepada citarasa masing-masing..su guna non diary whipping cream ajer...

sapu dan ratakan krim..

gulung kek dengan cermat..gulung dengan mengunakan kertas lapik kek tadi....untuk resepi yang ini...su da buat 3 kali...ok...permukaan kek cantik..kek juga lembut dan gebu...

selesai proses mengulung kek...

balut kek dengan kemas...simpan didalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum potong kek...

anak-anak su suka kek ni...zahin suka perisa oren...atiqah pula macam biasa suka perisa strawberry...

untuk perisa strawberry...su guna resepi yang sama cuma tukar kan ke perisa strawberry sahaja...su guna strawberry emulco...

swiss roll strawberry...

untuk corak di atas kek...su hanya paipkan buat bentuk bunga saja...


yang ini pula perisa coklat...

Rabu, 19 Mac 2014

swiss roll coklat



sumber:sue-hasue.blogspot.com

bahan A:

3 biji telur gred A atau B
4 tbsp gula kastor
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp esen vanilla
1/2 tsp ovellette
3 tbsp tepung gandum
2 tbsp serbuk koko
1/2 tbsp susu tepung

bahan b:

60gm butter~dicairkan~sejuk


putar semua bahan A dengan kelajuam maksima sehingga kembang dan berkrim~selama 7-9 minit

masukkan butter cair~kaedah kaup balik dengan spatula sahaja.

asingkan 2 tbsp dan campurkan dengan coklat emulco~untuk di buat corak di atas kek.

alas loyang dengan kertas...loyang 11x8..

tuamg dan ratakan adunan...

paipkan adunan yang diasingkan tadi...cuat corak yang disukai

bakar 170'C selama 20 minit...guna api atas dan bawah.

apabila kek dah masak.keluarkan dari oven..biarkan sejuk seketika...letak sekeping kertas kalis minyak dipermukaan kek dan terbalikkan kek keatas permukaan yang rata...tarik perlahan-lahan alas kek semasa di bakar tadi.

sapukan cream...atau jem..ikut kegemaran masing-masing.

sue gunakan whipping cream sahaja.

gulung kek dengan cermat dan berhati-hati...~gulung dengan kertas kalis minyak tadi..

simpan kek di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum di potong


kek yang telah disejukkan..
kek yang sedap dan lembut...






Jumaat, 22 Mac 2013

strawberry swiss roll


Sumber: http://myresepi.com



Selepas buat kek coklat untuk Ustazah Dalina,Sue buat swiss roll ni...saje...buat untuk makan sendiri aje...disamping tu Sue cadang selepas ni nak buat puding trifle.



bahan A:


6 biji telur gred B

113gm gula halus

1 tsp baking powder

2 tsp strawberry emulco

1 tbsp ovellette

86gm tepung superfine

1 tbsp susu tepung



bahan B:


113gm butter cair



Strawberry filling secukup nya~sue ganti kan dengan blueberry filling.



cara-cara:



Putar semua bahan A sehingga kembang~putar selama 6-7 minit high speed.

Masukkan butter cair~kacau rata dengan spatula.

Gris loyang 10x10 dengan shortening dan alas dengan kertas.

Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kek keperangan ~ suhu 150'C.

Biarkan sejuk.








Apabila  dah sejuk,terbalikkan dan alas kek dengan kertas kemudian sapukan dengan filling.



Gulung kemas kek.