Halaman

Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mac 2014

The Summer Palace


hari kedua di Beijing,pagi kami dibawa melawat ke kilang bamboo dan pada sebelah petang pula kami dibawa ke The Summer Palace ni...sangat cantik ditambah pula ketika itu matahari dah hampir terbenam walaupun jam baru pukul 3 lebih...
suhu terasa lebih sejuk dari tempat lain...air di tasik membeku...ada pengunjung yang berani merentasi dan berjalan di atas air yang membeku itu walaupun terdapat amaran melarang pengunjung berjalan di atas permukaan tasik...


air tasik yang telah membeku
bergambar dengan zahin dan atiqah di tepi tasik

pemandangan yang sangat indah dan mendamaikan
zahin dihadapan pintu masuk The Summer Palace
pengunjung berjalan di sekeliling tasik...su dan anak-anak hanya berjalan di sekitar jambatan ajer...sejuk..Atiqah pula nak berdukung aje...
air tasik yang membeku...kelihatan jambatan yang merentangi tasik yang akan kami lalui sebentar lagi
berjalan menuju ke jambatan
terasa angin sejuk ketika diatas jambatan
membetulkan topi atiqah...
pemandangan dari atas jambatan


dah nak balik...


tempat yang disedia kan untuk mengambil gambar...

kami meninggalkan the summmer palace ketika matahari hampir terbenam















Percutian ke Beijing

Su sekeluarga juga mak mertua ke Beijing pada 18hb Disember yang lalu...musim sejuk...suhu waktu siang -10 dan malam pula lagi la sejuk...alhamdulillah kami semua sihat sepanjang 7 hari disana...terpaksa pakai baju 3 atau 4 lapis...

membuat persediaan sebelum ke Beijing...


flight malam dan dijangka tiba di Beijing pukul 6.30 pagi...




di MAS Golden Lounge KLIA...persekitaran yang menyenangkan...makanan pon sedap2...

setiba di Beijing...suhu amat sejuk...su terus siapkan budak2 pakai winter coat...selesai urusan bagasi...kami terus berjumpa dengan agen travel agensi yang telah sedia menunggu...

kami terus di bawa ke Tian An Men Square dan Forbidden City...
suhu yang sejuk dan berangin...budak-budak belum sarapan...Atiqah mula menangis dan tak mahu berjalan...kawasan yang amat luas...terasa begitu jauh berjalan...di pertengahan su minta pemandu pelancong berhenti untuk membeli penutup mulut...terlalu sejuk...guna penutup mulut...baru terasa selesa untuk bernafas,kami meminta untuk tidak terus menjelajahi keseluruhan kawasan tersebut...walaupun teruja dan amat cantik...tetapi kami dah tak larat berjalan...lebih-lebih lagi untuk budak-budak dan mak...su dan hubby bergilir-gilir dukung Atiqah...cukup meletihkan...hanya ada ambil beberapa keping gambar...masih lagi ada di dalam kamera su...nak ambil gambar guna phone...batery dah nak habis...

kami di bawa untuk makan tengahari...solat zohur dan ke hotel penginapan...disana walaupun waktu sama seperti di Malaysia tetapi cepat malam...maghrib sebelum pukul 5 dan isyak pukul 6 lebih...

kami disediakan 2 bilik yang agak selesa juga...










bangunan yang berhadapan dengan bilik penginapan
lobby hotel

kami berehat dan keluar semula untuk makan malam.