Halaman

Memaparkan catatan dengan label sarapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarapan. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

pai ayam dan cendawan


sumber:blog che mat gebu (tiffinbiru)


pai yang sedap dan lembut pastri nya...terima kasih pada CMG yang sudi berkongsi resepi...dah banyak su ikut resepi CMG dan semua masakan menjadi dan memuaskan hati...
pai ni su buat untuk sarapan juga untuk dibawa kerumah abang su di taman melati.


bahan pastri:

300gm tepung gandum
150gm butter sejuk~didadu kecil
secubit garam
4-5 tbsp air ais

campurakan tepung,butter dan garam~gaul dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti~campurkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di mangkuk~bulatkan doh~simpan didalam bekas bertutup dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.

canai doh di antara 2 helai plastik...doh yang nipis dalam3-4mm...terap..,sukkan kedalam bekas atau acuan pai...letak inti...tutup...sapukan dengan kuning telur...

bakat 25 minit dengan suhu 200'C.


Bahan-bahan inti:

150gm dada ayam~didadu kecil
3-5 biji cendawan butang~di dadu kecil
3/4 tsp lada hitam~(serbuk)
1/2 kiub pati ayam
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland~di dadu
2 ulas bawang putih~dicincang halus
6 tangkai daun kucai~dihiris halus
1 helai bay leaf
1 tbsp tepung gandum
sedikit serbuk buah pala
garam secukup rasa


panaskan sedikit butter...tumis bawang,bawang putih dan bay leaf sehingga wangi..masukkan ayam dan cendawan..masukkan susu segar..kiub ayam...mendidih...masukkan semua bahan yg lain...sejukkan..








mushrooms soup


kegemaran anak2 su...terutama sekali atiqah...selalu minta nak makan sup ni...


1 keping dada ayam~dicincang
1500ml air
500ml susu segar
1 ketul kiub ayam~su guna 1/2 saja
5-7 biji cendawan butang~dicincang
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa


asingkan sedikit air utk membancuh tepung gandum...dlm 2 cawan...masak air yang selebihnya dgn ayam yg dicincang  sehingga mendidih...

masukkan cendawan...masak sehingga mendidih...masukkan juga kiub ayam dan garam


masukkan susu segar

masukkan tepung gandum...masak sehingga mendidih dan pekat.


Khamis, 11 April 2013

PAU



SUMBER: MAI SHARE RECIPE (FB)


SUE BUAT PAU NI UNTUK SARAPAN PAGI TADI,TERJUMPA RESEPI NI MASA ON9 FB MALAM TADI...SEBELUM SUBUH SUE SIAPKAN DOH DAN REHATKAN...LEPAS SUBUH BARU LETAK INTI.INTI PON SUE BUAT PAGI NI,SUE GUNA INTI KENTANG DAN DAGING.


BAHAN-BAHAN UNTUK PAU:


2 CAWAN TEPUNG GANDUM

2 TBSP YIS (MAURIPAN)~SUE GUNA 1 PAKET SAHAJA.

2 TBSP SUSU PEKAT MANIS

1 TBSP GULA

1/2 CAWAN AIR SUAM

3 TBSP MINYAK MASAK

SEDIKIT GARAM.


CAMPURKAN YIS DENGAN AIR SUAM,KACAU SEBENTAR DAN MASUKKAN GULA DAN KACAU LAGI~BIARKAN SELAMA 15 MINIT ATAU SEHINGGA IA BERBUIH.


DALAM MANGKUK LAIN MASUKKAN TEPUNG,SUSU PEKAT,MINYAK MASAK DAN GARAM SERTA YIS TADI.


ULI ADUNAN SEHINGGA MENJADI DOH YANG TIDAK MELEKAT DITANGAN.


REHATKAN DOH SELAMA 45 MINIT.


BENTUK KAN DOH DAL ISIKAN INTI.


REHAT KAN LAGI DOH SELAMA 1/2 JAM.


SEDIAKAN KUKUSAN,PASTIKAN AIR TELAH BENAR2 MENDIDIH BARU MASUKKAN PAU
KUKUS PAU SELAMA 10 MINIT.




SEMENTARA SUE REHATKAN DOH,SUE SEDIAKAN INTI NYA.



INTI:


200GM DAGING DIPOTONG DADU

3 BIJI KENTANG DIDADU

2 TBSP SERBUK KARI DAGING

1 CAWAN AIR

GARAM DAN GULA SECUKUP RASA

SEDIKIT DAUN SUP

1 ULAS BAWANG PUTIH~DI HIRIS

3 ULAS BAWANG MERAH`DI HIRIS



TUMIS BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH,MASUKKAN REMPAH KARI YANG DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR~BIARKAN SEHINGGA PECAH MINYAK.


MASUKKAN DAGING


MASUKKAN KENTANG


MASUKKAN AIR


MASUKKAN GARAM DAN GULA


APABILA AGAK PEKAT,MASUKKAN DAUN SUP YANG DIHIRIS HALUS




PAU NI LEMBUT DAN GEBU...




SELAIN PAU,SUE JUGA BUATKAN MUSHROOM SOUP NI...