Halaman

Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

biskut semperit


sumber:kongsi resepi


bahan-bahan:


250gm butter
50gm gula aising
1 penutup esen rose atau vanilla
300gm tepung kastard
2 tbsp tepung jagung
1 tsp kuning telur


gaul butter dan gula aising sehingga sebati~gaul sebentar sahaja.

masukkan kuning telur dan esen rose.

masukkan tepung kastard dan tepung jagung sebatikan sehingga menjadi doh.

terap adunan  hiaskan dengan ceri.

panaskan oven.

bakar selama 10-15 minit dengan suhu 170'C. 

tart landak


 sumber:myresepi


bahan-bahan:


300gm tepung gandum*
4 tbsp tepung jagung*
3 tbsp gula aising*
200gm butter~campurkan dengan secubit garam jika menggunakan unsalted butter.
2 kuning telur.
jem nenas secukupnya.


ayak bahan yang bertanda *

campurkan bahan ayak dengan butter~ramas guna hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.

campurkan kuning telur gaul sehingga menjadi doh.

bulatkan~masukkan inti jem nenas,bentukkan dan gunting dengan gunting yang kecil.

sapukan dengan kuning telur yang dicampurkan dengan sedikit air dan pewarna kuning.

bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180'C.
 
 

Ahad, 20 Julai 2014

biskut dam

Sumber:blog citarasawan

Semalam su buat biskut dam ni...biskut kegemaran sejak dulu lg....nak buat biskut ni tak susah cuma perlukan sedikit kesabaran..terima kasih pada kak wan yang sudi berkongsi resepi dan cara-cara untuk buat biskut ini...


Bahan doh vanilla:

500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
380gm butter
150gm gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanilla


Bahan doh coklat:

480gm tepung gandum
50gm susu tepung
30gm serbuk koko
380gm butter
100gm gula aising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla

*su buat 1/2 dari adunan diatas*

Untuk doh vanilla,putar butter dan gula aising sehingga berkrim
Masukkan kuning telur dan esen vanilla
Masukkan tepung dan susu tepung,gaul sebati sehingga menjadi doh...rehatkan doh selama 15 minit.


Untuk doh coklat,putar butter dan gula aising sehingga berkrim
Masukkan kuning telur dan esen vanilla...(su tambah sedikit coklat emulco)
Masukkan tepung,susu tepung dan serbuk koko,gaul sebati sehingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 15 minit.

Canai doh vanilla tebal 1cm,lebar 5" dan panjang 6"...sue canai diatas alas untuk mencanai dan membentuk fondant...ia lebih mudah kerana ada ukuran dipermukaannya
Akan dapat 3 keping doh.
Buat yang sama juga untuk doh coklat.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam...

Susun 3 yang berlainan...coklat...vanilla dan coklat...juga vanilla..coklat dan vanilla.

Buat ukuran 1cm...akan dapat 10 bahagian...
Susun bertindih berselang warna
Bungkus dengan plastik dan simpan sebentar didalam peti sejuk...
Potong setebal 1cm...gris loyang dan susun biskut.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 140'C.


Selasa, 8 Julai 2014

semperit


Sumber:my-resepi.blogspot.com


3/4 cawan butter
1/2 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
1 cawan tepung ganfum-ayak
2 cawan tepung kastard-ayak

Putar butter dan dan gula sehingga gula hancur
Campurkan kuning telur
Masukkan esen vanilla
Masukkan bahan ayak
Acuan semperit...dan...bakar selama 15 minit dengan suhu 180'C.

Selasa, 7 Mei 2013

tart nenas nyonya


SUMBER: http://www.tiffinbiru.com  resepi asal dari kak jee (Puan Fauziah Abdul Samad)


bahan-bahan:


300gm tepung gandum

4 tbsp tepung jagung

2 tbsp gula aising~ayak

200gm mentega~sue guna jenama scs

1/2 tsp esen vanilla

2 kuning telur~boleh di campurkan dengan sedikit pewarna kuning

sedikit garam halus

jem nenas secukupnya



gaul rata tepung gandum,tepung jagung,gula aising dan garam halus.


masukkan mentega~gaul~menjadi seperti serbuk roti


masukkan esen vanilla kedalam kuning telur.


masukkan kuning telur sedikit demi sedikit kedalam tepung gaul rata sehingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk..~(tak perlu habiskan kuning telur )


rehatkan doh sebentar


canai doh antara 2 lapisan plastik bersih,ketebalan dalam 1/2cm


terap dan susun di atas loyang yang telah di gris


letakkan inti jem nenas


bakar selama 20-25 minit dengan suhu 175'C









sebelum letak jem nenas


Sue guna jem nenas yang kurang manis

 


Dah siap sedia nak masuk oven..

Siap bakar dah...




Isnin, 10 Disember 2012

biskut arab


sumber: http://www.myresepi.com resepi asal dari umimuaz2510



8 cawan tepung gandum

3 cawan gula halus

1 tsp soda bikarbonat

400gm minyak sapi



cairkan minyak sapi~biarkan sejuk.

ayak tepung gandum dan soda bikarbonat kemudian campurkan gula

masukkan minyak sapi dan gaul sehingga menjadi doh

bakar 200'C selama 15 minit guna api bawah sahaja.



~Sue buat separuh aje dari adunan di atas,gula pula sue kurang kan,dari 1 1/2 cawan kepada 1 cawan sahaja~





almond london


SUMBER: buku resepi.


bahan-bahan:


250gm butter

1 cawan gula kastor~sue guna 1/2 cawan sahaja

1 biji telur

1/2 tsp esen vanilla

3 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung naik sendiri

1 tsp emplex

badam~dipanggang
coklat masakan

badam untuk hiasan


satukan semua jenis tepung serta emplex~ayak dan ketepikan.

pukul butter dan gula sehingga kembang

masukkan telur dan esen vanilla

masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati sehingga menjadi doh.

bentukkan,masukkan badam dan bakar 180'C selama 15-20 minit.

biarkan sejuk,masukkan biskut kedalam paper cup kecil

cairkan coklat masakan,curah di atas biskut dan taburkan badam.




sebelum letak coklat


siap...

Isnin, 3 Disember 2012

TART NENAS


Sumber: http://norzailina.blogspot.com  (resepi asal tart kelopak)


120gm margerin

120gm butter

60gm gula aising

1 biji kuning telur

1 tsp esen vanilla

330gm-350gm tepung gandum

50gm tepung jagung

jem nenas secukupnya.


ayak tepung gandum dan tepung jagung.

pukul margerin,butter dan gula sehingga kembang.

masukkan kuning telur dan esen vanilla.

masukkan tepung~tak perlu masukkan kesemua tepung jika doh sudah sesuai untuk di bentukkan.

bentuk kan atau terapkan,letak kan jem sapukan kuning telur

bakar 15-20 minit dengan suhu 175'C.



tart nenas sebelum di bakar

yang ini dah siap di bakar


siap packing...

Khamis, 1 November 2012

biskut cappucino slice

SUMBER: http://citarasawan.blogspot.com


BAHAN A:

210gm butter

100gm gula perang

1 tsp cappucino emulco



BAHAN B:

250gm tepung gandum

90gm tepung jagung

50gm susu tepung

60gm serbuk kacang tanah


TOPPING COKLAT:


230gm coklat masakan

10gm cocoa butter


HIASAN:

jumbo heart dan croquant


putar bahan A sehingga berkrim

masukkan bahan B~uli sehingga menjadi doh yang lembut

alas loyang 10x10 (loyang dengan cutter),biarkan kertas minyak ada lebihan 1 inci keluar dari loyang untuk memudah kan kita keluarkan biskut nanti.

ambil doh seberat 600gm dan ratakan kedalam loyang

masukkan cutter dan tekan padat kedasar loyang

cucuk permukaan doh dengan garfu

bakar 140'C selama 40 minit atau sehingga kekuningan

setelah biskut sejuk,bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan yang telah dicairkan

ratakan coklat,letak semula cutter ke tempat asal seperti tadi~panduan:ikut jaluran tadi~

letakkan jumbo heart dan croquant

biarkan sehingga coklat beku dan keras.





BISKUT ALMOND BEAUTY


SUMBER:blog citarasawan~ (http://citarasawan.blogspot.com)


Biskut ni Sue buat semasa bulan ramadhan yang lalu...baru berkesempatan untuk masukkan di blog.


BAHAN A:

200GM butter

50gm shortening @ crisco

150gm gula kastor


BAHAN B:


40gm putih telur


BAHAN C:~(ayak)~

270gm tepung gandum

70gm tepung naik sendiri (self raising flour)

1/2 tsp serbuk penaik

1/4 tsp emplex

10gm serbuk koko


BAHAN HIASAN:

coklat masakan~putih

badam cincang~di panggang.


putar bahan A sehingga kembang dan ringan

masukkan bahan B~putar sebati

masukkan bahan C,gaul sehingga menjadi doh yang lembut

rehatkan doh selama 2 jam

masukkan doh ke dalam piping bag, guna nozzle 4FT

bakar dengan suhu 150'C selama 15-20 minit

sejukkan atas redai

cairkan coklat masakan,celupkan biskut kedalam coklat dan seterusnya salut dengan badam cincang.



Jumaat, 9 September 2011

biskut dahlia

biskut ni fav rusyaidi,buat untuk bawak balik kg.senang n simple aje.

bahan-bahan:

300gm butter
160gm gula aising (sue guna 140gm saje)
2 biji kuning telur
1 tsp esen rose
240gm tepung gandum*
100gm tepung jagung*
160gm tepung kastard*
ceri merah untuk hiasan
*ayak*

pukul butter dan gula sehingga kembang
masukkan telur n esen rose~sebati
campurkan tepung~doh
bakar guna suhu 175'C selama 15 minit.


Selasa, 6 September 2011

tart nenas

tart nenas utk raya baru2 nie,resepi dari Chef Norzailina (tart kelopak).

bahan-bahan:

120gm marjerin
120gm butter
60gm gula aising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
330gm-350gm tepung gandum*
50gm tepung jagung*
*ayak
jem nenas secukup nye
sue beli aje,nak buat x berkesempatan

marjerin,butter n gula pukul sehingga kembang kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla
masukkan tepung,x perlu masukkan kesemua tepung jika doh sudah sesuai untuk dibentuk.
bakar 15-20minit suhu 175'C.


Ahad, 5 September 2010

BISKUT ALMOND LONDON


Resepi dari Staff Nurse Raja Fadilah.Mudah dan senang.

Bahan-bahan:

250gm butter
1 cawan gula aising
2 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 tsp emplex
1 tsp esen vanila
500gm badam-panggang
100gm badam cincang
1 keping coklat masakan


Pukul gula,telur.butter dan esen vanilla
Masukkan tepung dan emplex-doh
Bakar 180'C selama 15-20minit.
Dah sejuk curahkan coklat masakan dan taburkan badam cincang.


BISKUT SNOW ALMOND


Resepi dari internet..tak ingat ambil dari mana.Biskut ni sedap dan ranggup.

Bahan-bahan A:

200gm butter
100gm gula aising
1 tbsp shortening
1 tsp esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan-bahan B:

220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum-dikisar
40gm serbuk badam
1 tbsp susu tepung


Satukan semua bahan A,pukul sehingga sebati
Masukkan semua bahan B,uli sehingga jadi doh.
Terap dan bakar 180'C selama 15 minit.
Setelah biskut sejuk salutkan dengan coklat masakan dan taburkan breadcrumbs.
Tapi Sue tak guna pon breadcrumbs..buat sikit jer yang tabur breadcrumbs..
yang lain cuma celup coklat masakan.



Yang tak letak breadcrumbs.

BISKUT BUAH KANA


Resepi dari blog Dayang Jack.


Bahan-bahan:

11/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan butter
1/2 tsp baking powder
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula aising
Jem secukupnya.

Campurkan semua tepung dan baking powder-ayak
Pukul gula,butter,telur dan esen vanila sehingga sebati
Masukkan tepung,terap guna acuan buah kana.
Bakar 180'C selama 20-25minit.
Sapukan jem ketika biskut masih panas dan tangkupkan.


BISKUT BADAM BERHIAS


Resepi dari chef Norzailina,biskut ni tak guna telur..ia sedap dan ranggup.Sue tak guna badam,Sue gantikan dgn hazelnut.Nak buat pun senang dan bahannye ringkas sahaja.

Bahan-bahan:

300gm tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
70gm gula aising
2 tbsp serbuk badam
140gm butter
40gm lemak sayuran
1 tsp esen vanilla

Campurkan tepung gandum,tepung jagung dan serbuk badam.
Pukul butter.gula,esen vanila dan lemak sayuran
Masukkan tepung dan sebatikan sehingga jadi doh.
Bakar 175'C selama 20-25 minit.
Apabila dah sejuk salutkan dengan coklat masakan.


BISKUT BUNGA CINA



 Biskut bunga cina,tp bentuknye x mcm bunga lansung..hehe..saje malas nk guna yg bentuk bunga.Resepi dah tak ingat ambik dari mane,tp biskut ni sedap dan lembut..jika doh agak lembek boleh tambah sedikit tepung gandum.

Bahan-bahan:

250gm butter
1 cawan gula aising
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
1 tsp esen rose
2-3 tbsp susu pekat manis
ceri merah untuk hiasan

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen rose-sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta susu pekat.
Terap dan bakar 180'C selama 10-15 minit-guna api bawah sahaja.

Ahad, 29 Ogos 2010

BISKUT DAHLIA



Semalam buat biskut raye...selain biskut ni sue buat biskut almond london dan biskut hazelnut..tapi tak siap letak coklat lagi..nnti dah siap baru ambik gambar.Resepi tok biskut dahlia ni dh pernah post sebelum ni..Biskut ni fav. Rusyaidi..

Rabu, 30 Jun 2010

TART NENAS

Terasa nak makan tart nenas...so cari resepi kat internet..Resepi ni Su ambil dari blog Ilham dapur tapi resepi asal dari baya resepi.net.Biskut ni tak manis sangat dan lembut..OK sangat..menepati citarasa Su..

Bahan-bahan:

1 cawan butter-room temp.
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
20 gm gula (Su guna gula aising)
40gm tepung jagung
50gm tepung kastard.
20gm susu tepung.
240gm tepung gandum.
1 biji kuning telur dan beberapa titik pewarna kuning (untuk disapu diatas biskut)
Jem nenas secukupnya.

Cara-cara:

Pukul telur,butter,gula dan esen vanila.
Campurkan tepung satu persatu kemudian gaul sebati.
****Boleh adjust + tepung jika doh lembik atau + butter jika doh agak keras.Pastikan doh tidak putus2
ketika ditekan keluar dari acuan****

Bakar 180'C 20 minit.


Khamis, 11 Februari 2010

BISKUT BANGKIT NYONYA

Selepas buat biskut buah kana tu,Su buat biskut bangkit ni pulak...Zahin req..mintak buatkan warna hijau dan pink..kebetulan semua bahan memang ada so buatkan je la...Resepi dah pernah post dalam N3 sebelum ini.Zahin bawa biskut ni ke nursery.