Sumber:blog citarasawan
Semalam su buat biskut dam ni...biskut kegemaran sejak dulu lg....nak buat biskut ni tak susah cuma perlukan sedikit kesabaran..terima kasih pada kak wan yang sudi berkongsi resepi dan cara-cara untuk buat biskut ini...
Bahan doh vanilla:
500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
380gm butter
150gm gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanilla
Bahan doh coklat:
480gm tepung gandum
50gm susu tepung
30gm serbuk koko
380gm butter
100gm gula aising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
*su buat 1/2 dari adunan diatas*
Untuk doh vanilla,putar butter dan gula aising sehingga berkrim
Masukkan kuning telur dan esen vanilla
Masukkan tepung dan susu tepung,gaul sebati sehingga menjadi doh...rehatkan doh selama 15 minit.
Untuk doh coklat,putar butter dan gula aising sehingga berkrim
Masukkan kuning telur dan esen vanilla...(su tambah sedikit coklat emulco)
Masukkan tepung,susu tepung dan serbuk koko,gaul sebati sehingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
Canai doh vanilla tebal 1cm,lebar 5" dan panjang 6"...sue canai diatas alas untuk mencanai dan membentuk fondant...ia lebih mudah kerana ada ukuran dipermukaannya
Akan dapat 3 keping doh.
Buat yang sama juga untuk doh coklat.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam...
Susun 3 yang berlainan...coklat...vanilla dan coklat...juga vanilla..coklat dan vanilla.
Buat ukuran 1cm...akan dapat 10 bahagian...
Susun bertindih berselang warna
Bungkus dengan plastik dan simpan sebentar didalam peti sejuk...
Potong setebal 1cm...gris loyang dan susun biskut.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 140'C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan