Halaman

Khamis, 20 Mac 2014

Percutian ke Beijing

Su sekeluarga juga mak mertua ke Beijing pada 18hb Disember yang lalu...musim sejuk...suhu waktu siang -10 dan malam pula lagi la sejuk...alhamdulillah kami semua sihat sepanjang 7 hari disana...terpaksa pakai baju 3 atau 4 lapis...

membuat persediaan sebelum ke Beijing...


flight malam dan dijangka tiba di Beijing pukul 6.30 pagi...




di MAS Golden Lounge KLIA...persekitaran yang menyenangkan...makanan pon sedap2...

setiba di Beijing...suhu amat sejuk...su terus siapkan budak2 pakai winter coat...selesai urusan bagasi...kami terus berjumpa dengan agen travel agensi yang telah sedia menunggu...

kami terus di bawa ke Tian An Men Square dan Forbidden City...
suhu yang sejuk dan berangin...budak-budak belum sarapan...Atiqah mula menangis dan tak mahu berjalan...kawasan yang amat luas...terasa begitu jauh berjalan...di pertengahan su minta pemandu pelancong berhenti untuk membeli penutup mulut...terlalu sejuk...guna penutup mulut...baru terasa selesa untuk bernafas,kami meminta untuk tidak terus menjelajahi keseluruhan kawasan tersebut...walaupun teruja dan amat cantik...tetapi kami dah tak larat berjalan...lebih-lebih lagi untuk budak-budak dan mak...su dan hubby bergilir-gilir dukung Atiqah...cukup meletihkan...hanya ada ambil beberapa keping gambar...masih lagi ada di dalam kamera su...nak ambil gambar guna phone...batery dah nak habis...

kami di bawa untuk makan tengahari...solat zohur dan ke hotel penginapan...disana walaupun waktu sama seperti di Malaysia tetapi cepat malam...maghrib sebelum pukul 5 dan isyak pukul 6 lebih...

kami disediakan 2 bilik yang agak selesa juga...










bangunan yang berhadapan dengan bilik penginapan
lobby hotel

kami berehat dan keluar semula untuk makan malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan