 |
Sue buat kuih lapis ni pagi sebelum pergi opis,bawak ke opis dengan loyang2 nyer sekali sebab
kuih masih panas lagi..tak boleh nak potong lagi...resepi nye mudah aje...
bahan2:
2 cawan tepung gandum
4 tbsp tepung beras
4 tbsp tepung jagung
1 cawan gula
1 tsp garam
1 kotak kecil santan (200ml)
2 cawan air
campurkan semua bahan2 di atas kacau sebati kemudian tapis kan
bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kesukaan
panaskan kukusan,gliskan loyang dengan minyak
kukus selapis demi selapis...kukus selama 5-7 minit untuk setiap lapisan
untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit dengan api sederhana sahaja.
|
sejukkan dahulu kemudian potong dengan menggunakan pisau plastik.
 |
kuih lapis ni x melekat di loyang,boleh dikeluarkan cam kek ajer.. |
 |
Sue gunakan loyang 7x7 |
 |
dahh sejuk dahhh...masa untuk potong... |
Sebab kuih ni banyak so Sue potong dan bagi pada staff2 bahagian wad dan klinik juga doktor2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan