Resepi dari blog Mat Gebu.Buat ni sebab nak menghabiskan labu yang mak bagi masa balik kampung.Pagi2
lagi dah buat kek, lepas buat kek ni baru masak untuk breakfast,lepas tu pulak service rumah..rutin biasa ari ahad.Hari ni plan nak pergi MAHA 2010 kat Serdang pastu nak pergi Putrajaya sebab nak tengok baby Along.Tengah siap2 tiba-tiba rasa sakit...alamak..cancel kot nak pergi MAHA,so pergi PPKSB jumpa S/N dan Bonda serta buat ctg..masih takde contraction..Bonda kata malam ni atau pagi esok baru bersalin.Balik rumah dan siap2 pergi Putrajaya..MAHA cancel...Sampai Putrajaya terus pergi Alamanda masa lunch sakit makin kuat dan kerap.Selepas lunch Su terus kerumah Along..jumpe mak sekali.3.30pm Su bertolak balik kerumah.Rehat dan menahan sakit...selepas solat maghrib baru Su ke PPKSB.Rusyaidi dan Zahin Su minta Nisa tolong tengokkan.Admit dan selepas solat Isyak baru mulakan procedure untuk bersalin. Alhamdulillah..10.28pm Atiqah Huda selamat dilahirkan.Terima Kasih kpd Dr Zunita,Bonda dan Syida.
RESEPI:
3 biji telur
1 cawan minyak jagung @ butter cair
1 1/2 cawan gula halus (su guna 1 cawan shj)
1 tsp esen vanilla
1/4 tsp garam
450gm labu-kukus dan dihancurkan
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 tsp soda bikarbonat*
1/2 tsp baking powder *
1 1/2 tbsp susu tepung*
* ayak*
Lengser loyang dengan butter,tabur tepung-ratakan dan ketuk.
Panaskan oven 170'C.
Campurkan semua bahan kecuali bahan2 yang diayak,kacau rata guna whisk.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Bakar 50minit-1jam.
.