Halaman

Isnin, 26 Oktober 2009

ROTI DOH ASAS

Roti ni buat saje2 je  Su buat inti sardin dan ubi kentang campur ayam.
Resepi ni Su abik dari Kak Fida (myresepi).Roti ni ok sangat2 gebu dan lembut...
makan mase panas2 memang sedap...bahan2 dan nak membuatnye memang senang Su uli doh
guna tangan je..cik BM x de pun..


Bahan2:

600gm tepung roti
120gm gula halus-su gune 80gm je
1 tsp garam
2 tbsp susu tepung (opptional)
5 tsp yis segera-su gune 1 paket
1 biji telur
250ml air
60gm butter


Cara-cara:


Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dan mangkuk.
Perap doh 45 minit atau sehingga berganda saiznye.
Canai doh dan letak inti perap lagi 45 minit.
Bakar 180'C selama 10-15 minit.
Apabila roti dah masak sapukan dengan butter.


kek buah

kek ni su buat untuk raye baru2 ni.Resepi abik dari myresepi.Su kurangkan
gula cuma masukkan 120gm je.Ok sedap dan tak manis sangat.





Bahan-bahan:

250gm butter
150gm brown sugar
1 tsp ovellete
4 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 tbsp paste fruit cake
200gm tepung kek
50gm serbuk koko
1 tsp baking powder
250gm mix fruit
1/2 cawan susu segar


cara-caranya:

ayak tepung kek dan serbuk koko kemudian gaulkan dgn mix fruit.
pukul butter dan gula hingga kembang kemudian campurkan ovellete,telur
dan esen vanilla dan paste fruit cake.
kemudian campurkan tepung selang dengan susu segar.
Gris loyang 7'x7' dengan minyak dan tepung
Bakar 180'c selama 40-45 minit.

Khamis, 22 Oktober 2009

apple cake


kek ni buat untuk dibawa pulang ke kampung.resepi dari myresepi
su buat guna epal hijau.kek ni lembut dan rasa masam masam manis


bahan-bahan:


1 biji epal (kupas kulit dan potong kecil2 dan masak bersama 2 Tbsp gula sehigga lembut)

100gm butter

80gm gula halus

2 biji telur

100ml susu segar

150gm tepung gandum*

1 tsp baking powder*

*ayak

caranye:

pukul butter dan gula hingga kembang kemudian campurkan telur sebiji demi sebiji
kacau sebati kemudian campurkan susu segar dan tepung akhir sekali masukkan epal
yang telah dimasak tadi beserta dengan airnya sekali.
bakar 180'c selama 35 minit

Rabu, 21 Oktober 2009

kek coklat



kek ni buat bersama agar-agar pelangi tu..senang nak buat rasanye pun ok tak manis sangat.resepi ni ambil dari blog mamafami aising pulak tak ingat abik dari mane

bahan A

250gm butter
1 cawan air suam
1 1/2 cawan gula
1/2-3/4 cawan serbuk koko


bahan B

2 cawan tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
2tsp soda bikarbonat


bahan C


2 biji telur
1tsp esen vanila
1/2 cawan susu cair


cara-caranye:

doubleboilkan bahan A sehingga cair dan ketepikan
ayak semua bahan B
kaup balikkan bahan B kedalam bahan A sehingga sebati
tuang bahan C dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul
bakar 27-30 minit pada suhu 160'c


untuk aising


125gm butter
125gm shortenig
100gm susu pekat
20gm gula aising
1/2 tsp esen vanila
pewarna

caranye:
campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga kembang,gebu dan putih
kemudian campurkan pewarna

Selasa, 20 Oktober 2009

agar-agar pelangi



resepi ni su dapat dari blog bro rozzan. buat ari sabtu lepas untuk bawa ke kenduri
dan open house..sedap..cuma nak buatnye perlukan sedikit kesabaran la
bahan A
20gm serbuk agar-agar
340gm gula pasir
1725ml air
7 helai daun pandan
bahan B
20gm serbuk agar-agar
340gm gula pasir
1725ml santan (saya guna 1 liter santan kotak)
1 tsp garam
pewarna merah,hijau dan oren
masak bahan A dan bhn B dalam periuk yang berlainan sehingga mendidih
kecilkan api dan ambil 1 mangkuk bhn B tambahkan pewarna dan tuangkan ke loyang
tunggu sehingga keras,kemudian ambil bhn A tambah pewarna yang sama dengan lapisan pertama dan tuang perlahan-lahan diatas lapisan pertama tadi.ulang sehingga habis.
resepi ni su gunakan 2 loyang 8x8.