Halaman

Isnin, 26 Oktober 2009

ROTI DOH ASAS

Roti ni buat saje2 je  Su buat inti sardin dan ubi kentang campur ayam.
Resepi ni Su abik dari Kak Fida (myresepi).Roti ni ok sangat2 gebu dan lembut...
makan mase panas2 memang sedap...bahan2 dan nak membuatnye memang senang Su uli doh
guna tangan je..cik BM x de pun..


Bahan2:

600gm tepung roti
120gm gula halus-su gune 80gm je
1 tsp garam
2 tbsp susu tepung (opptional)
5 tsp yis segera-su gune 1 paket
1 biji telur
250ml air
60gm butter


Cara-cara:


Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dan mangkuk.
Perap doh 45 minit atau sehingga berganda saiznye.
Canai doh dan letak inti perap lagi 45 minit.
Bakar 180'C selama 10-15 minit.
Apabila roti dah masak sapukan dengan butter.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan