Halaman

Khamis, 27 September 2012

AGAR AGAR SAGU MUTIARA


Sue buat agar-agar sagu ni sempena majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di opis...lama dah...baru hari ni berpeluang untuk masukkan resepi.

sumber:Che Mat Gebu~(http://www.tiffinbiru.com)


bahan-bahan:

20gm serbuk agar-agar
1 liter air
300gm gula pasir
3 helai daun pandan~disimpul
100gm biji sagu
250ml santan~sue guna santan kotak 200ml + 50ml air
pewarna hijau,pink dan purple.


rendam sagu selama 2 jam,rebus dalam air mendidih sehingga biji sagu menjadi jernih

tapis sagu dan cuci dibawah air mengalir untuk membuang kanji (untuk mengelakkan dari biji sagu melekat antara satu sama lain)

bahagikan sagu kepada 6 bahagian~3 bahagian di biarkan warna asal dan 3 bahagian lagi Sue campurkan pewarna pink,hijau dan purple.

 masukkan air,gula dan serbuk agar ke dalam periuk kacau rata.

masukkan daun pandan dan masak sehingga mendidih kemudian campurkan santan dan kecilkan api.

sedia kan loyang 8X8 basahkan loyang dengan sedikit air~(untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar nanti)

ambil 200ml agar-agar dan campurkan 1 bahagian sagu yang berwarna asal kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam loyang~biarkan ianya beku.

lorekkan sedikit permukaan agar-agar dengan garfu dan tuang lapisan sagu yang berwarna pula.

ulang proses berikut nya sehingga habis.

simpan didalam peti sejuk.








siap potong dahhh...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan