Halaman

Khamis, 11 Ogos 2011

seri muka durian

kali kedua buat kuih ni,pertama kali buat bawa ke opis tok majlis berbuka puasa.untuk yg ni sue buat sikit aje,hanya setengah dari resepi asal.sue guna durian yg dibawa dari kampung.

durian dari kebun atuk
simple aje nak buat kuih ni,buat sebaik sahaja balik dr opis


 Bahan bahan:

lapisan bawah:
  
500gm beras pulut~direndam selama 1/2 jam
1 tsp garam
340ml santan cair
daun pandan~disimpul

campurkan semua bahan dan dikukus selama 45minit
lengser loyang dgn sedikit minyak,ratakan pulut kedalam loyang
kukus semula selama 5 minit.

*sue x kukus dan rendam pon beras pulut,sue masak cam biasa aje.

lapisan atas:
  
250gm gula pasir
6 biji telur
60gm tepung gandum
10gm tepung sagu~sue guna tepung jagung
750ml santan pekat~sue guna santan kotak 200ml + 500ml air
sedikit garam
200gm isi durian
sedikit pewarna kuning

pukul gula dan telur kemudian campurkan tepung,santan,garam 
tapis kemudian campurkan isi durian yg telah diblend dengan sedikit santan.
tuang atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 30 minit.
kali ni sue buat separuh aje dr resepi ini,dan sue lebihkan tepung gandum 40gm (dlm 2 tbsp).
biarkan kuih betul2 sejuk bari dipotong.


 nak bagi kat nursery atiqah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan