Halaman

Ahad, 30 Oktober 2011

moist choc cake

bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak~sue guna butter cair

bahan A:

1 tsp esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air dicampurkn dgn 2 tsp nescafe

bahan B:

2 tsp sodium bikarbonat
1 tsp baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

ayak semua bahan diatas.

pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan gula pukul lagi
masukkan butter cair dan kacau sebati
masukkan bahan B kedalam telur di selang seli kan dengan bahan A
gaul sebati,bakar 170'C selama 1 jam.

topping:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan + 2 tbsp susu pekat
6 tbsp minyak masak

kacau sebati,masak atas api selama 2 minit pastu curah atas kek yg telah sejuk.






kuih lapis warna warni

Sue ambil resepi ni dr blog Azlita,resepi asal kuih lapis ni dr Chef Hanieliza.Sedap kuih lapis ni,lembut dan tak manis sangat,nak buat pon mudah aje..


..guna loyang kecik aje,bahan2 nye pon mudah

bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung beras
2 tbsp tepung jagung
3/4 cawan gula
2 cawan santan~sue guna santan kotak 200ml
1 tsp garam
pewarna pink,hijau dan oren

gaul semua bahan kecuali pewarna kemudian tapiskan
bahagikan kepada 4 bahagian
campurkan pewarna kpd setiap bhgn
panaskan kukusan,gris loyang dgn sedikit minyak
kukus selapis demi selapis sehingga habis
setiap lapisan kukus selama 5 minit dan 15 minit untik lapisan yang terakhir
sejukkan dahulu baru di potong.

dah sejuk dan boleh la dikeluarkan dr loyang

kuih lapis ni mudah di potong dengan menggunakn pisau plastik
budak2 suka makan kuih ni
yang ini untuk d beri kn pd jiran






Rabu, 26 Oktober 2011

blueberry n strwbery cheese tart

Buat cheese tart ni tok birthday mak.

bahan untuk shell @ crust:

170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur-gred c
290gm tepung gandum
1 tsp esen vanilla

pukul butter dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanilla
campurkan tepung
doh dibungkus dgn plastik bag dan dsimpan dlm peti sejuk semalaman
letak doh dlm acuan,cucuk sedikit dasar kulit tart dgn garpu.
bakar selama 20-25 minit dgn suhu 170'C

setelah masak sejukkan dahulu sebelum dletakkan filling

blueberry filling

strawberry filling

letakkn pula cream cheese

bahan-bahan cream:

250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur size B
1/2 tsp esen vanilla
putar cream cheese dan gula sehingga berkrim
masukkan telur dan esen vanilla
masukkan ke dalam piping bag
untuk bunga dan corak,ambil sedikit cream dan campurkan pewarna.


blueberry cheese tart


strawberry cheese tart




orange cupcake

cupcake yg dihias dgn buttercream.

sue guna kn jus dan parutan kulit oren.

sedap kek ni..

bahan-bahan:

2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula (sue guna 1 cawan saje)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan jus oren
1/2 cawan butter cair
3 biji telur
3 tbsb cream cheese
3 tsp baking powder
1/2 tsp garam
parutan kulit oren

pukul telur sehingga kembang kemudian campurkn susu dan jus oren
kemudian campurkan minyak dan kulit oren
campurkn tepung,gula,baking powder dan garam kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi.
kacau sebati kemudian campurkn cream cheese pukul sebati selama 2 minit
bakar 180'C selama 20-25minit.







Selasa, 4 Oktober 2011

agar agar pelangi


buat agar2 ni untuk jamuan raya opis.

resepi dah pernah post sebelum ni...




yg ni sue guna loyang 9'x9'



talam lapis cha cha

Resepi asal dari Chef Asma.

Bahan A:

100gm gula melaka
100gm gula merah
50gm gula pasir~sue x letak pon
500ml air
1 helai daun pandan~d simpul

masak semua bahan sehingga gula larut dan tapis.


Bahan B:

120gm tepung beras
60gm tepung gandum
250ml santan pekat
2 biji telur
1 tsp tepung ubi
1/2 tsp garam

campurkan semua bahan dan kacau rata.
kemudian campurkan semua bahan B dan kacau rata.
tapis dan masak atas api perlahan sehingga naik wap.
bahagikan adunan kpd 2 bhgn.
sediakan loyang 10',lengser dgn minyak dan alas dengan plastik dan lengser dgn minyak juga.
(sue guna loyang 7' agak tebal la sedikit)
panaskan kukusan.
tuang 1 bhgn adunan tadi ke dlm loyang tutup loyang dengan aluminium foil.
kukus selama 15 minit.

Bahan lapisan tengah:

170gm tepung beras
50gm gula pasir~sue letak 2 tbsp aje
250ml santan pekat
650ml air
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp garam
80gm cha cha~dicuci n toskan.

satukan semua bahan kecuali cha cha.
kacau rata,tapis dam masak di atas api perlahan sehingga naik wap.
masukkan cha cha.
apabila lapisan pertama td masak,tuangkan lapisan tengah dan kukus selama 15 minit lagi.
bila dah masak tuang lapisan yg brwarna coklat td,kukus lagi selama 30 minit.
sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum d potong.

sue baru keluarkan dari loyang

setelah di potong kpd 2 bhgn.

sedapp



sue suka kan bhgn lapisan tengah nye,tekstur nye lembut dan x manis sgt.

nak mkn sendri mmg x habis..so bg kat jiran2 n bawak ke opis laa..

Ahad, 2 Oktober 2011

fruit tart

resepi sue ambil dr blog mat gebu.sedap tart ni,buat tart ni untuk kawan sekolah yg dah lama sangat tak jumpe.

bahan bahan pastry:

113gm butter
75gm gula halus
1 biji telur gred A + 1 kuning telur
250gm tepung halus

satukan butter dan gula,kacau guna wisk sehingga gula hancur,masukkan teluur dan kacau lg sehingga berkrim kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau menggunakan spatula sehingga menjadi doh yg lembut.bungkus dgn plastik dan simpan dlm peti sejuk dlm 2 jam.

tekan doh kedalam acuan tart dan bakar selama 10-12 minit.
bila dah masak keluarkn dari acuan dan sejukkan d atas redai.

sapukan bhg dlm kulit tart dgn coklat masakan yg dcairkn

paipkn krim pastri.

bahan bahan krim pastri:

300ml susu segar
3 biji kuning telur
50gm gula halus
20gm tepung gandum*
20gm tepung jagung*
*dcampurkn dan ayak
1 tsp esen vanilla
2 tbsp butter

panaskn susu hingga suam,ketepikan.satukn kuning telur,gula dan tepung kacau menggunakn whisk hingga brkrim.tuang susu kacau rata.letak krim ini diatas air mendidih dan terus kacau sehingga krim berubah mnjadi pekat dan licin.matikan api dan masukkan esen vanilla serta butter kacau sebati.simpan didlm bekas yg bertutup rapat.

susun buah buahan mengikut kreativiti masing2 begitu juga jenis buah buahan yg digunakan.