Halaman

Khamis, 21 Jun 2012

fruit tart

Buat fruit tart ni pagi2 sebelum ke opis...yang ni tempahan dr seorang guru di Gombak
Pastry nye Sue dah buat malam td lg..

bahan bahan pastry:

113gm butter
75gm gula halus
1 biji telur gred A + 1 kuning telur
250gm tepung halus~sue guna tepung gandum shj.


campurkan butter dan gula-kacau dgn whisk sehingga gula hancur

masukkan telur~kacau sehingga berkrim

masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau guna spatula sehingga menjadi doh yg lembut

bulatkan dan bungkus dgn plastik

simpan selama 2 jam di dalam peti sejuk

tekan doh kedalam acuan tart

cucuk dgn garpu di dasar nye

bakar selama 10-12 minit dgn suhu 180'C

sejukkan di atas redai
Cairkan coklat masakan dan sapukan ke dalam tart
bahan bahan krim:

300ml susu segar
3 biji telur
50gm gula halus
20gm tepung gandum*
20gm tepung jagung*
1 tsp esen vanilla
2 tbsp butter
*ayak


panaskan susu sehingga suam~ketepikan

campurkan kuning telur dan gula~kacau guna whisk sehingga berkrim

tuangkan susu~kacau rata

letakkan mangkuk/periuk krim ini di atas air mendidih dan terus kacau sehingga krim berubah menjadi pekat dan licin

matikan api~masukkan esen vanilla dan butter~kacau sebati

simpan didalam bekas yg bertutup rapat
masukkan krim kedalam tart
Buah buahan yang Sue guna kan...
dah siap...
siap packing nak gi hantar dahh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan