Halaman

Rabu, 20 Jun 2012

kek coklat kukus

Sue ambil resepi ni dr myresepi,Sue buat kek ni petang selepas balik dari opis sebelum maghrib dah siap sebab kek ni mudah dan senang sangat nak buat...Sue buat kek ni untuk diberi pada kawan hubby.
bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur

campurkan serbuk koko,gula,susu cair,minyak.susu pekat~masak~sebatikan
masak sehingga gula larut.

satukan tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat~ayak kan...

pukul telur sehingga kembang

masukkan adunan koko tadi~gaul rata

masukkan tepung~kacau rata dan sebati

tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam
Sue potong kepada 2 bahagian.
topping coklat

topping coklat:


1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan + 2 tbsp susu pekat manis
6 tbsp minyak masak

masukkan semua bahan dalam periuk,kacau rata dan masak diatas api perlahan (sentiasa kacau) selama 2 minit

sejukkan sebentar dan curah kan di atas kek.




dah siap dah...


Sue cuma hiaskan dengan buah strawberi aje...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan