Halaman

Selasa, 10 Julai 2012

kuih lapis

Sue buat kuih lapis ni pagi sebelum pergi opis,bawak ke opis dengan loyang2 nyer sekali sebab

kuih masih panas lagi..tak boleh nak potong lagi...resepi nye mudah aje...


bahan2:


2 cawan tepung gandum

4 tbsp tepung beras

4 tbsp tepung jagung


1 cawan gula

1 tsp garam

1 kotak kecil santan (200ml)

2 cawan air



campurkan semua bahan2 di atas kacau sebati kemudian tapis kan

bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kesukaan
panaskan kukusan,gliskan loyang dengan minyak
kukus selapis demi selapis...kukus selama 5-7 minit untuk setiap lapisan

untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit dengan api sederhana sahaja.

sejukkan dahulu kemudian potong dengan menggunakan pisau plastik.

kuih lapis ni x melekat di loyang,boleh dikeluarkan cam kek ajer..
Sue gunakan loyang 7x7
dahh sejuk dahhh...masa untuk potong...
Sebab kuih ni banyak so Sue potong dan bagi pada staff2 bahagian wad dan klinik juga doktor2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan