Halaman

Isnin, 9 Julai 2012

russian black n white cake



Sue buat kek ni untuk makan2 di rumah mak sempena meraikan hari lahir
beberapa keluarga terdekat termasuk la sue sendiri dan husband.Pertama kali mencuba buat kek ni...resepi dari rakan baru di fb naiz ismail.
sedap kek ni...walaupon agak remeh nak membuatnya ditambah pula dgn bahan2 kek yang agak mahal tapi memang berbaloi...


Bahan bahan kek:



1 cawan serbuk koko

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas

1/2 cawan susu cair~sue guna susu  segar

250gm butter

2 cawan gula perang~sue guna 1 1/2 cawan saja

4 biji telur

2 tsp esen vanilla

2 cawan tepung gandum

2 tsp baking powder



campurkan serbuk koko,gula halus dan air panas kedalam periuk,masakkan atas api kecil sehingga gula larut~ketepikan.


apabila dah sejuk,campurkan susu cair~gaul sebati.


pukul butter dan gula perang sehingga kembang kemudian campurkan telur satu persatu pukul lagi dan masukkan esen vanilla.


ayakkan tepung dan baking powder.


campurkan tepung berselang seli dgn coklat~guna kaedah kaup balik sehingga sebati.


sapukan loyang 8' dgn butter,alas dan sapu butter lagi.


tuang adunan kedalam loyang.


bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan.


suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

angkat dan sejukkan atas redai.

 


cream cheese frosting dan ganache untuk filling.

 bahan-bahan cream cheese frosting:



500gm cream cheese


250gm mascarpone


100gm gula aising


1 tsp serbuk nescaffe~sue guna serbuk kopi aje sebab dirumah sue tak ade nescaffe.
pukul cream cheese dan mascarpone sehingga sebati dan lembut.



masukkan gula aising~sebati kemudian campurkan serbuk nescaffe.


masukkan 1/2 adunan ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.


bahan-bahan ganache untuk filling:

50ml whipping cream

200gm coklat compound

hiris halus coklat

panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi2 periuk,tutup api dan masukkan coklat

kacau sehingga coklat larut dan cair

masukkan semua filling ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk 10 minit.


**tujuan sejukkan filling agar senang masa kita nak paipkan di atas kek nanti**




potong kek kepada 3 bahagian



Paipkan cream cheese frosting



kemudian paipkan ganache coklat pula

Buat untuk lapisan yang kedua

apabila dah siap,sapu dan ratakan lebihan cream cheese tadi dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam

nak curahkan coklat ganache pulak


bahan-bahan coklat ganache:



100ml whipping cream


300gm coklat compound~hiris kecil2

panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi2 periuk,tutup api dan masukkan coklat compound terus kacau sehingga coklat larut


sue tambah 2tbsp liquid glucose

curahkan atas kek

siap dah...sejukkan dalam peti sejuk semula...

Sue make-up sikit kek ni sebab ni birthday cake kann...sue gunakan buttercream ajer...


Sue buat cupcakes juga...cupcakes ni untuk diberi pada kawan2 di opis dan nursery atiqah




bahagian dalam kek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan