Halaman

Selasa, 30 Oktober 2012

pai lemon meringue


SUMBER:CHEF NORZAILINA (http://norzailina.blogspot.com)

Sue buat pai ini sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Bahan bahan pastri:

240gm tepung gandum
1/2 tsp garam
120gm butter
2 tbsp air ais

cara-cara nya:

gaul tepung,garam dan butter masukkan air ais sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh

bungkus doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit

canai dan masukkan ke dalam loyang pai

simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit

panaskan oven 200'C

cucuk permukaan pai dengan garfu

bakar selama 20 minit.


Bahan bahan inti:


1 biji lemon~diparut kulit dan ambil jus nya

3 biji kuning telur

70gm gula kastor~sue guna 50gm

1/4 tsp garam

4 tbsp tepung jagung

1 tbsp butter

400ml susu segar


cara-cara nya:


pukul kuning telur selama 3 minit

masukkan gula,garam,tepung jagung dan butter~pukul sebati.

panaskan susu segar sehingga hampir mendidih


tuangkan dalam bancuhan telur sambil diputar rata

masak di atas api perlahan dan kacau tanpa henti sehingga pekat

masukkan kulit lemon dan jus lemon~kacau sebati.
ratakan inti pai di dalam kulit pai yang telah dibakar tadi.


Bahan atas:


2 biji putih telur

90gm gula kastor


pukul putih telur sehingga kental,masukkan gula kastor sedikit demi sedikit~pukul sehingga adunan tidak jatuh jika kita terbalikkan mangkuk.

ratakan di atas inti limau tadi~Sue masukkan ke dalam piping bag.

bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170'C atau sehingga bahagian atas nya kelihatan keperangan.




pai sebelum di bakar



siap dahh...




dah dikeluar kan dari loyang pai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan