Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

KEK CHIFFON PELANGI



SUMBER:KAK AZLITA AZIZ (http://fromintankitchen.blogspot.com)

kek ni sue buat sebaik sahaja balik dari opis semalam...lama dah tak buat kek...



bahan A


50gm gula kastor~sue guna 40gm

140gm kuning telur~(8 biji)
  20gm susu tepung

20 gm tepung jagung

140gm tepung gandum

100ml minyak jagung

100ml santan ~sue guna santan kotak ajer




ayakkan susu tepung,tepung jagung dan tepung gandum 3X~ketepikan.

whisk gula dan kuning telur sehingga sebati

masukkkan tepung kedalam mangkuk dan buat kan lubang ditengah tengah nya.

tuangkan campuran kuning telur tadi,minyak jagung dan santan.

kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk sehingga sebati~ketepikan.



bahan B:


300gm putih telur~9 biji

150gm gula kastor~sue guna 130gm
  1/2 tsp garam

1 tsp cream of tar tar~sue x letak




pukul putih telur sehingga berbuih kemudian campurkan cream of tar tar,garam dan gula

pukul sehingga kental (soft peak)

campurkan bahan A sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik

bahagi kan adunan kepada 4 bahagian dan tambah pewarna juga perisa yang disukai.

gris dan alaskan loyang,sue guna loyang bulat 9inci sebab sue tak ada loyang khas untuk kek chiffon...

bakar 165'C selama 1 jam

apabila kek sudah masak terus terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan sehingga kek betul-betul sejuk baru keluarkan kek dari loyang





lain kali jika nak buat lagi,sue akan gunakan loyang yang lebih kecil yang 7inci sebab yang ini kek agak nipis tebal kek ni cuma 4.5cm.



sue gunakan pewarna pink,purple,hijau dan kuning

Tiada ulasan:

Catat Ulasan