Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

kek karamel


Kek karamel ini pon Sue buat semasa aidiladha baru2 ni...resepi yang sama cuma sue doublekan bahan2 bahagian karamel nya...so karamel nye tebal la sikit...


karamel:

2 tbsp gula~taburkan gula di dalam loyang,masak atas api perlahan sehingga gula cair dan keperangan~ketepikan.


bahagian atas:

1/2 tin susu cair

70gm gula kastor~sue guna 50gm sahaja.

1/2 tsp esen vanilla

3 biji kuning telur


masukkan semua bahan2 di atas kedalam mangkuk dan kacau sebati dengan perlahan (jangan sampai berbuih)
tapis dan tuangkan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi~ketepikan.


lapisan kek:


140gm tepung gandum

70gm gula kastor~sue guna 50gm

3 biji kuning telur

135ml air biasa

1 tsp baking powder

45ml minyak masak


pukul semua bahan2 di atas sehingga sebati~ketepikan.


meringue:

6 biji putih telur

70gm gula kastor

1 tsp krim of tar tar~sue x letak


pukul semua bahan2 di atas sehingga betul2 kembang~tidak jatuh jika diterbalikkan mangkuk.


campurkan bahagian lapisan kek dan meringue~kacau sebati.

bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna

untuk kali ini,sue gunakan pewarna asal,pink dan coklat.

untuk lapisan coklat sue tambahkan perisa cappuccino.

masukkan kedalam loyang~(yang ade karamel td) secara berselang seli warna nya.
untuk proses ini,ketika kita letak adunan kek di atas karamel ianya tidak akan jatuh atau tenggelam
sekiranya kita telah pukul putih telur td sehingga kental dan bertanduk (meringue)

bakar secara double-boiling selama 1 jam dengan suhu 180'C.

apabila kek sudah masak,rehatkan selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan kek.

sejukkan...kek ni sedap di makan sejuk...




siap packing nak bawa ke putrajaya...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan