Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

RED VELVET CAKE


SUMBER: dari rakan fb~reen khan sharif.


Pertama kali Sue buat red velvet cake...sebelum ni Sue ade mengikuti kelas untuk buat kek ni dengan Chef Yon tapi dah lama sangat...resepi yang tu Sue simpan dulu...nanti nak buat jugak...
Resepi yang ini Sue share dari rakan fb.Kek ini buat sempena aidiladha baru-baru ni,deco yang simple
sebab nak makan bersama keluarga ajer..


Bahan-bahan:


2 1/2 cawan tepung gandum

1 tsp garam halus

2 tbsp serbuk koko

1/2 cawan butter

1 1/2 cawan gula kastor

2 biji telur gred A

1 tsp esen vanilla

1 cawan susu segar dicampurkan dengan 1 tbsp lemon dan di biarkan selama 5 minit.

2 tbsp pewarna merah

1 tsp cuka

1 tsp soda bikarbonat.



ayak tepung gandum,garam dan serbuk koko~ketepikan.

pukul butter sehingga lembut (2 minit)

masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit

masukkan telur sebiji demi sebiji kemudian masukkan esen vanilla.

masukkan susu yang telah dicampurkan dengan lemon tadi.

pukul dengan kelajuan sederhana masukkan tepung sedikit demi.

masukkan pewarna merah~Sue guna 1 tbsp ajer pewarna merah so kek tak menjadi merah...nampak cam warna coklat ajer...so lenkali buat kene ikut sukatan yang betul...

dalam bekas yang lain,campurkan cuka dan soda bikarbonat biarkan ianya berbuih dan tuang kedalam adunan kek~gaul perlahan mengunakan senduk atau spatula sahaja.

alas dan gris loyang,bakar selama 25-30 minit suhu 170'C jika buat cupcakes.

jika mengguna kan loyang,bakar selama 55 minit atau sehingga masak suhu 170'C.






TOPPING CREAMCHEESE
250gm cream cheese


35gm butter

130gm gula aising

1/2 tsp esen vanilla~Sue guna jus lemon.


~pukul semua bahan~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan