Halaman

Khamis, 18 Oktober 2012

AGAR AGAR PELANGI



SUMBER:DR BLOG BRO ROZZAN (http://rozzan.blogspot.com)

Gambar ni gambar lama,agar-agar ni Sue buat semasa majlis kenduri di rumah mak...sue sengaja masukkan sebab ada kawan yang minta resepi agar-agar ni...Sue tak berkesempatan nak buat agar-agar ni jadi semua gambar-gambar di sini adalah gambar lama simpanan Sue...Sue letak sebagai rujukan untuk gandingan warna sahaja...
resepi agar-agar ni mudah cuma perlukan masa dan kesabaran untuk melapis nya.
sedap dan cantik...boleh juga di buat dalam bekas-bekas kecil tapi biasa nya sue buat dalam loyang empat segi 8x8.

BAHAN A:

20gm serbuk agar-agar

340gm gula pasir

1725ml air

7 helai daun pandan ~sue guna 3/4 helai sahaja.


BAHAN B:

20gm serbuk agar-agar

340gm gula pasir

1725ml santan~sue guna santan kotak 1 liter ditambah 725ml air

1 tsp garam

pewarna pilihan



sedia kan loyang,basahkan loyang dengan sedikit air untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar nanti.

satukan semua bahan A, masak diatas api sehingga mendidih kemudian kecilkan api.

satukan semua bahan B,masak di atas api sehingga mendidih kemudian kecilkan api.

semasa proses melapis kedua dua adunan agar-agar hendaklah sentiasa di atas api perlahan.

ambil 1 mangkuk adunan agar-agar yang mengandungi santan masukkan pewarna kacau rata tuang kan ke dalam loyang.

apabila lapisan pertama sudah agak mengeras~biasa nya dalam 2-3 minit (bergantung kepada ketebalan lapisan agar-agar kita yer)
ambil pula 1 mangkuk adunan agar-agar yang tanpa santan (plain) masukkan pewarna yang sama seperti lapisan pertama tadi kacau rata dan tuangkan perlahan lahan di atas lapisan santan tadi.

ulangi proses melapis agar-agar sehingga selesai

akan dapat lapisan:

1.pink-santan

2.pink-plain

3.hijau-santan

4.hijau plain

5.kuning-santan

6.kuning-plain

7.oren-santan

8.oren-plain

9.pink-santan

10.pink-plain~untuk gambar di atas Sue akhiri dengan warna pink



agar-agar ini mudah dikeluarkan dari loyang,untuk mengelakkan lapisan agar-agar terpisah atau pecah,pastikan semasa proses melapis permukaan agar-agar lapisan yang sebelum nya tidak terlampau keras/beku dan pastikan agar-agar sentiasa dibiarkan mendidih didalam periuk (guna api kecil)


yang ini Sue buat guna 1 warna sahaja...


yang ini warna pink pula...



nampak kan lapisan yang plain jernih tu...
 






yang ini pula Sue gunakan gula melaka bagi lapisan plain dan lapisan santan tanpa dicampurkan dengan sebarang pewarna..resepi yang ini hampir sama dengan resepi di atas yer...


yang ini pula Sue buat dalam loyang,agak tebal lapisan nya...sebab nak cepat siap...lagipon untuk makan sendiri ajer...

bukan agak tebal dah ni kan...memang tebal pon lapisan agar-agar ni...
 yang ini dah siap potong...

ni gambar semasa proses melapis...

yang ini Sue buat untuk jamuan hari raya opis




gandingan warna kuning dan ungu.

warna untuk setiap lapisan agar-agar tu terpulang kepada masing-masing...yang ini Sue gunakan pewarna hijau,pink dan lapisan yang atas sekali tu tanpa pewarna (warna asal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan