Halaman

Rabu, 30 Jun 2010

TART NENAS

Terasa nak makan tart nenas...so cari resepi kat internet..Resepi ni Su ambil dari blog Ilham dapur tapi resepi asal dari baya resepi.net.Biskut ni tak manis sangat dan lembut..OK sangat..menepati citarasa Su..

Bahan-bahan:

1 cawan butter-room temp.
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
20 gm gula (Su guna gula aising)
40gm tepung jagung
50gm tepung kastard.
20gm susu tepung.
240gm tepung gandum.
1 biji kuning telur dan beberapa titik pewarna kuning (untuk disapu diatas biskut)
Jem nenas secukupnya.

Cara-cara:

Pukul telur,butter,gula dan esen vanila.
Campurkan tepung satu persatu kemudian gaul sebati.
****Boleh adjust + tepung jika doh lembik atau + butter jika doh agak keras.Pastikan doh tidak putus2
ketika ditekan keluar dari acuan****

Bakar 180'C 20 minit.


GIFT FROM JAPAN



Thanks a lot to Izalee kerana sudi kirim hadiah untuk Su sekeluarga.Juga thanks tok Nazri kerana tolong bawa dan serahkan pada Su.



Hadiah dari Tokyo.


Rusyaidi nak posing dgn hadiah..nak tunjuk kat Uncle Izalee..

Zahin pon sama..



Cantik lampu kipas ni..




Selasa, 29 Jun 2010

DRAGON FRUIT



                                                    POKOK NAGA PAK ITAM

Lokasi: Rumah Dusun Kg Rengai, Penjom Kuala Lipis.





 Bunga pokok naga,jika ia kembang lagi cantik..


Yang ni buah nyer..nampak tak sungai tu...tempat bermandi manda budak2..


Yang ni pulak untuk di makan..fresh..baru petik dari pokok.




Khamis, 29 April 2010

EGG TART



Resepi asal dr Aunty Yochana tp yg ni Su ambil dari Blog Jun.Su buat double sebab nak bawa ke Putrajaya untuk gathering dan bagi mak.1st time buat..ok..senang dan sedap..cuma gula untuk custard tu Su kurangkan 30gm,susu pulak Su guna 500ml jer.


125gm butter-chilled
60gm icing sugar
1/2 egg white
1 egg yolk
200gm plain flour
1/2 tsp vanilla essence

Egg Custard:

280gm fresh milk
160gm sugar
3 nos eggs
1/2 tsp vanilla essence

For pate sucree:
Beat butter and icing sugar till well mixed.
add in egg-mix then add in vanilla essence.
add in flour and mix into a dough.
rest for 10 minutes-press dough into small tart moulds.
bake the tart shell till half-cooked-(10-15 minutes,175'C)

For egg custard:
heat sugar and milk together,once sugar dissolves off heat.
add eggs and vanilla essence,mix well than sift.
pour into tart moulds and bake till egg custard sets-(15 minutes,175'C)




Khamis, 8 April 2010

BERGEDEL



Bergedil ni buat sebelum balik Lipis,saje nak menghabiskan stok ubi kentang.Resepi ikut suka hati Su aje..
pandai2 la adjust yang mana patut eh..Su cuma letak bahan2 jer...byk mana nak letak ikut suka laa..

Bahan2:

ubi kentang-digoreng @ rebus dan dihancurkan.
daging kisar
bawang besar-dicincang
cili besar-dicincang
daun sup-dihiris halus
telur
garam
kiub ayam
tepung gandum-sedikit,untuk membentuk bergedil.

SUP AYAM


                                                  Resepi dari blog Mat Gebu.Resepi nanti..

Ni resepinye:

5-6 ketul ayam kampung.
3/4 tbsp lada hitam ditumbuk hancur.
1/2 inci halia diparut.
3 ulas bawang putih diparut.
1/2 inci kunyit hidup diparut.
11/2 inci halia dihiris nipis.
Garam secukup rasa.
Air.
Hirisan daun sup dan daun bawang.

Gaul ayam dengan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Masukkan ayam kedalam periuk dan campurkan air secukupnya.
Masak sehingga mendidih kemudian kecilkan api dan reneh sehingga ayam lembut.

Khamis, 1 April 2010

ZOO TAIPING

Zahin nak melawat zoo...




Zahin dok mintak uminya beli macam2...topi,teropong...monyet pun nak jugak...