Khamis, 7 Januari 2010
BISKUT BANGKIT NYONYA
Biskut ni amat sedap dan tak terlalu manis.Su buat biskut ni sebab anak2 suka lagipun nak menghabiskan stok tepung ubi.Su guna santan kotak saja-ayam brand.
Bahan-bahan:
350gm tepung ubi (sangrai dengan daun pandan selama 10 minit guna api kecil)
150gm gula aising
20gm butter
1 biji kuning telur
130gm santan pekat
1/8 tsp baking powder
Ayak tepung ubi dan baking powder
Gaul sebati gula aising,butter dan telur
Campurkan santan dan kacau rata
Masukkan adunan santan kedalam tepung dan uli sehingga menjadi doh.Boleh tambah santan jika doh agak keras.
Terap dan bakar 150'C selama 15-20minit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan