Yang ini pun buat untuk kenduri mak.Resepi yang simple aje...nak buat pun senang sangat...
Bahan-bahan:
10gm serbuk agar-agar
1 liter air
4 helai daun pandan
5 Tbsp gula (gula ni boleh dikurangkan @ dilebihkan)
4 keping gula melaka
2 biji telur
11/2 cawan santan
sedikit garam
Cara-cara:
Campurkan serbuk agar-agar,air,gula dan daun pandan sehingga mendidih.
Masukkan gula melaka.
Campurkan telur bersama santan dan garam pukul sedikit dan tapis.
Kecilkan api kemudian masukkan santan kedalam agar-agar biarkan sehingga mendidih.
Tuangkan kedalam loyang dan sejukkan.
saya dah memang sedap.......rasa lebih sedap daripada apa yang dibayangkan......sekarang in sya hampir memulakan perniagaan agar2 gula....terima kasih
BalasPadam