kek lapis prune ni sue buat untuk bawa balik kg raya baru ni.
bahan-bahan:
250gm butter
6 biji telur (medium size)
1 tbsp ovelette
125gm susu pekat manis
80gm gula aising
100gm tepung kek
30gm horlicks
sedikit pewarna kuning
buah prune secukupnye
putar gula,telur dan ovelatte sehingga kembang
masukkan tepung dan horlicks~pukul sebati
pukul butter dan susu pekat sehingga gebu
masukkan butter kedalam telur tadi sedikit demi sedikit dgn mengunakan spatula sahaja.
ratakan 4tbsp adunan kek kedalam loyang 7' x 7' dan taburkan buah prune yg telah di potong nipis (untuk lapisan pertama 5tbspp)
bakar sehingga di atas permukaan kek masak dengan suhu 180'C
|
dah siap |
kek yg telah di potong dua
dah siap di bungkus