Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

kek karamel


Kek karamel ini pon Sue buat semasa aidiladha baru2 ni...resepi yang sama cuma sue doublekan bahan2 bahagian karamel nya...so karamel nye tebal la sikit...


karamel:

2 tbsp gula~taburkan gula di dalam loyang,masak atas api perlahan sehingga gula cair dan keperangan~ketepikan.


bahagian atas:

1/2 tin susu cair

70gm gula kastor~sue guna 50gm sahaja.

1/2 tsp esen vanilla

3 biji kuning telur


masukkan semua bahan2 di atas kedalam mangkuk dan kacau sebati dengan perlahan (jangan sampai berbuih)
tapis dan tuangkan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi~ketepikan.


lapisan kek:


140gm tepung gandum

70gm gula kastor~sue guna 50gm

3 biji kuning telur

135ml air biasa

1 tsp baking powder

45ml minyak masak


pukul semua bahan2 di atas sehingga sebati~ketepikan.


meringue:

6 biji putih telur

70gm gula kastor

1 tsp krim of tar tar~sue x letak


pukul semua bahan2 di atas sehingga betul2 kembang~tidak jatuh jika diterbalikkan mangkuk.


campurkan bahagian lapisan kek dan meringue~kacau sebati.

bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna

untuk kali ini,sue gunakan pewarna asal,pink dan coklat.

untuk lapisan coklat sue tambahkan perisa cappuccino.

masukkan kedalam loyang~(yang ade karamel td) secara berselang seli warna nya.
untuk proses ini,ketika kita letak adunan kek di atas karamel ianya tidak akan jatuh atau tenggelam
sekiranya kita telah pukul putih telur td sehingga kental dan bertanduk (meringue)

bakar secara double-boiling selama 1 jam dengan suhu 180'C.

apabila kek sudah masak,rehatkan selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan kek.

sejukkan...kek ni sedap di makan sejuk...




siap packing nak bawa ke putrajaya...






RED VELVET CAKE


SUMBER: dari rakan fb~reen khan sharif.


Pertama kali Sue buat red velvet cake...sebelum ni Sue ade mengikuti kelas untuk buat kek ni dengan Chef Yon tapi dah lama sangat...resepi yang tu Sue simpan dulu...nanti nak buat jugak...
Resepi yang ini Sue share dari rakan fb.Kek ini buat sempena aidiladha baru-baru ni,deco yang simple
sebab nak makan bersama keluarga ajer..


Bahan-bahan:


2 1/2 cawan tepung gandum

1 tsp garam halus

2 tbsp serbuk koko

1/2 cawan butter

1 1/2 cawan gula kastor

2 biji telur gred A

1 tsp esen vanilla

1 cawan susu segar dicampurkan dengan 1 tbsp lemon dan di biarkan selama 5 minit.

2 tbsp pewarna merah

1 tsp cuka

1 tsp soda bikarbonat.



ayak tepung gandum,garam dan serbuk koko~ketepikan.

pukul butter sehingga lembut (2 minit)

masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit

masukkan telur sebiji demi sebiji kemudian masukkan esen vanilla.

masukkan susu yang telah dicampurkan dengan lemon tadi.

pukul dengan kelajuan sederhana masukkan tepung sedikit demi.

masukkan pewarna merah~Sue guna 1 tbsp ajer pewarna merah so kek tak menjadi merah...nampak cam warna coklat ajer...so lenkali buat kene ikut sukatan yang betul...

dalam bekas yang lain,campurkan cuka dan soda bikarbonat biarkan ianya berbuih dan tuang kedalam adunan kek~gaul perlahan mengunakan senduk atau spatula sahaja.

alas dan gris loyang,bakar selama 25-30 minit suhu 170'C jika buat cupcakes.

jika mengguna kan loyang,bakar selama 55 minit atau sehingga masak suhu 170'C.






TOPPING CREAMCHEESE
250gm cream cheese


35gm butter

130gm gula aising

1/2 tsp esen vanilla~Sue guna jus lemon.


~pukul semua bahan~



Selasa, 30 Oktober 2012

pai lemon meringue


SUMBER:CHEF NORZAILINA (http://norzailina.blogspot.com)

Sue buat pai ini sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Bahan bahan pastri:

240gm tepung gandum
1/2 tsp garam
120gm butter
2 tbsp air ais

cara-cara nya:

gaul tepung,garam dan butter masukkan air ais sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh

bungkus doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit

canai dan masukkan ke dalam loyang pai

simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit

panaskan oven 200'C

cucuk permukaan pai dengan garfu

bakar selama 20 minit.


Bahan bahan inti:


1 biji lemon~diparut kulit dan ambil jus nya

3 biji kuning telur

70gm gula kastor~sue guna 50gm

1/4 tsp garam

4 tbsp tepung jagung

1 tbsp butter

400ml susu segar


cara-cara nya:


pukul kuning telur selama 3 minit

masukkan gula,garam,tepung jagung dan butter~pukul sebati.

panaskan susu segar sehingga hampir mendidih


tuangkan dalam bancuhan telur sambil diputar rata

masak di atas api perlahan dan kacau tanpa henti sehingga pekat

masukkan kulit lemon dan jus lemon~kacau sebati.
ratakan inti pai di dalam kulit pai yang telah dibakar tadi.


Bahan atas:


2 biji putih telur

90gm gula kastor


pukul putih telur sehingga kental,masukkan gula kastor sedikit demi sedikit~pukul sehingga adunan tidak jatuh jika kita terbalikkan mangkuk.

ratakan di atas inti limau tadi~Sue masukkan ke dalam piping bag.

bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170'C atau sehingga bahagian atas nya kelihatan keperangan.




pai sebelum di bakar



siap dahh...




dah dikeluar kan dari loyang pai


Khamis, 18 Oktober 2012

AGAR AGAR PELANGI



SUMBER:DR BLOG BRO ROZZAN (http://rozzan.blogspot.com)

Gambar ni gambar lama,agar-agar ni Sue buat semasa majlis kenduri di rumah mak...sue sengaja masukkan sebab ada kawan yang minta resepi agar-agar ni...Sue tak berkesempatan nak buat agar-agar ni jadi semua gambar-gambar di sini adalah gambar lama simpanan Sue...Sue letak sebagai rujukan untuk gandingan warna sahaja...
resepi agar-agar ni mudah cuma perlukan masa dan kesabaran untuk melapis nya.
sedap dan cantik...boleh juga di buat dalam bekas-bekas kecil tapi biasa nya sue buat dalam loyang empat segi 8x8.

BAHAN A:

20gm serbuk agar-agar

340gm gula pasir

1725ml air

7 helai daun pandan ~sue guna 3/4 helai sahaja.


BAHAN B:

20gm serbuk agar-agar

340gm gula pasir

1725ml santan~sue guna santan kotak 1 liter ditambah 725ml air

1 tsp garam

pewarna pilihan



sedia kan loyang,basahkan loyang dengan sedikit air untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar nanti.

satukan semua bahan A, masak diatas api sehingga mendidih kemudian kecilkan api.

satukan semua bahan B,masak di atas api sehingga mendidih kemudian kecilkan api.

semasa proses melapis kedua dua adunan agar-agar hendaklah sentiasa di atas api perlahan.

ambil 1 mangkuk adunan agar-agar yang mengandungi santan masukkan pewarna kacau rata tuang kan ke dalam loyang.

apabila lapisan pertama sudah agak mengeras~biasa nya dalam 2-3 minit (bergantung kepada ketebalan lapisan agar-agar kita yer)
ambil pula 1 mangkuk adunan agar-agar yang tanpa santan (plain) masukkan pewarna yang sama seperti lapisan pertama tadi kacau rata dan tuangkan perlahan lahan di atas lapisan santan tadi.

ulangi proses melapis agar-agar sehingga selesai

akan dapat lapisan:

1.pink-santan

2.pink-plain

3.hijau-santan

4.hijau plain

5.kuning-santan

6.kuning-plain

7.oren-santan

8.oren-plain

9.pink-santan

10.pink-plain~untuk gambar di atas Sue akhiri dengan warna pink



agar-agar ini mudah dikeluarkan dari loyang,untuk mengelakkan lapisan agar-agar terpisah atau pecah,pastikan semasa proses melapis permukaan agar-agar lapisan yang sebelum nya tidak terlampau keras/beku dan pastikan agar-agar sentiasa dibiarkan mendidih didalam periuk (guna api kecil)


yang ini Sue buat guna 1 warna sahaja...


yang ini warna pink pula...



nampak kan lapisan yang plain jernih tu...
 






yang ini pula Sue gunakan gula melaka bagi lapisan plain dan lapisan santan tanpa dicampurkan dengan sebarang pewarna..resepi yang ini hampir sama dengan resepi di atas yer...


yang ini pula Sue buat dalam loyang,agak tebal lapisan nya...sebab nak cepat siap...lagipon untuk makan sendiri ajer...

bukan agak tebal dah ni kan...memang tebal pon lapisan agar-agar ni...
 yang ini dah siap potong...

ni gambar semasa proses melapis...

yang ini Sue buat untuk jamuan hari raya opis




gandingan warna kuning dan ungu.

warna untuk setiap lapisan agar-agar tu terpulang kepada masing-masing...yang ini Sue gunakan pewarna hijau,pink dan lapisan yang atas sekali tu tanpa pewarna (warna asal)

Selasa, 16 Oktober 2012

KEK DAM


Ada tempahan kek dam,kek sebagai hadiah perkahwinan dan meraikan hari lahir untuk 10 orang...so kek ni besar dan berat...untuk resepi ini Sue doublekan resepi nya.Resepi Sue ambil dari blog hanieliza's cooking.Lama sue simpan resepi ni tapi belum pernah buat lagi...buat yang ini pon Sue tak dapat rasa pon...tapi bau nya harum satu rumah...bau coklat dan oren....
bentuk dalam nya pon tak boleh nak tengok la kan...untuk kek ni sue potong kek dan susun kan nya menjadi bentuk dam...
memandangkan banyak nama yang perlu ditulis di atas kek ini jadi sue tulis di atas coklat compound~dicairkan~diterap bentuk~...untuk tulisan pula sue gunakan coklat putih...lebih senang dan praktikal hanya susun sahaja kepingan coklat-coklat tu...



BAHAN KEK COKLAT



BAHAN A:


125gm butter

125gm gula perang~sue guna 100gm sahaja

2 biji telur gred A

1/2 tsp esen vanilla

120ml susu segar


BAHAN B:


150gm tepung gandum

20gm serbuk koko

1 tsp baking powder 

satukan semua bahan B dan ayakkan.



pukul butter dan gula perang sehingga kembang

masukkan telur satu persatu

pukul sebati dan masukkan esen vanilla

masukkkan bahan B secara berselang seli dengan susu segar

kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau spatula sahaja

gris dan lapikkan loyang dengan kertas~sue guna loyang 8x8

bakar dengan suhu 170'C selama 30 minit atau sehingga masak

sejukkan di atas redai.



BAHAN KEK OREN:


125GM butter

125gm gula kastor

2 biji telur gred A

1 tsp esen vanilla

1 tsp sunquick

1 tsp oren paste

200gm tepung gandum*

1/2 tsp baking powder*

sue tambah parutan kulit oren


ayak bahan bertanda *

pukul butter dan gula sehingga kembang

masukkan telur sebiji demi sebiji

masukkan esen vanilla,sunquick,oren paste dan parutan kulit oren

masukkan tepung kacau rata dan sebati

gris dan alaskan loyang~sue guna loyang 8x8

bakar guna suhu 170'C selama 30 minit dan sejukkan.








buttercream:

400gm krimwell

600gm shortening

240gm gula aising~ayak

pukul krimwell dan shortening low speed selama 2 minit

masukkan gula aising~low speed selama 2 minit

masukkan perisa kegemaran.












kek yang kecil ini sue gunakan dari baki kek dam yang dipotong tu...untuk krim nye sue gunakan kaedah steam butter cream.



  tima kasih pada izzati yang order kek ni...kak sue enjoy buat kek ni...
 




simple cupcakes


Sue buat cupcakes ni untuk diberi pada seorang kawan sekerja yang akan mengadakan kenduri kahwin anak nya..
Resepi ni dapat dalam lebih kurang 20-24 biji cupcakes...Sue buat 4 adunan sekaligus...


SUMBER:myresepi


BAHAN-BAHAN:

100gm butter

100gm tepung naik sendiri

80gm gula kastor~(Sue guna 60gm sahaja)

2 biji telur gred B

1/2 tsp esen vanilla


pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu

masukkan telur sebiji demi sebiji

masukkan tepung

masukkan esen vanilla

Sue bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan tambahkan perisa cappuccino,vanilla dan rose juga di tabur sedikit coklat chips

bakar 180'C selama 12-15minit






siap packing dah...

Isnin, 15 Oktober 2012

KEK CHIFFON PELANGI



SUMBER:KAK AZLITA AZIZ (http://fromintankitchen.blogspot.com)

kek ni sue buat sebaik sahaja balik dari opis semalam...lama dah tak buat kek...



bahan A


50gm gula kastor~sue guna 40gm

140gm kuning telur~(8 biji)
  20gm susu tepung

20 gm tepung jagung

140gm tepung gandum

100ml minyak jagung

100ml santan ~sue guna santan kotak ajer




ayakkan susu tepung,tepung jagung dan tepung gandum 3X~ketepikan.

whisk gula dan kuning telur sehingga sebati

masukkkan tepung kedalam mangkuk dan buat kan lubang ditengah tengah nya.

tuangkan campuran kuning telur tadi,minyak jagung dan santan.

kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk sehingga sebati~ketepikan.



bahan B:


300gm putih telur~9 biji

150gm gula kastor~sue guna 130gm
  1/2 tsp garam

1 tsp cream of tar tar~sue x letak




pukul putih telur sehingga berbuih kemudian campurkan cream of tar tar,garam dan gula

pukul sehingga kental (soft peak)

campurkan bahan A sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik

bahagi kan adunan kepada 4 bahagian dan tambah pewarna juga perisa yang disukai.

gris dan alaskan loyang,sue guna loyang bulat 9inci sebab sue tak ada loyang khas untuk kek chiffon...

bakar 165'C selama 1 jam

apabila kek sudah masak terus terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan sehingga kek betul-betul sejuk baru keluarkan kek dari loyang





lain kali jika nak buat lagi,sue akan gunakan loyang yang lebih kecil yang 7inci sebab yang ini kek agak nipis tebal kek ni cuma 4.5cm.



sue gunakan pewarna pink,purple,hijau dan kuning