Halaman

Khamis, 18 April 2013

kek span coklat



KEK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN DENGAN TEMA WARNA WARNI...KEK NI BESAR,13 INCI X 13 INCI...SUE GUNAKAN KEK SPAN COKLAT DAN HIASAN BUTTERCREAM.


BAHAN2 KEK:


150GM TEPUNG GANDUM**

3 TBSP SERBUK KOKO**

1 TSP BAKING POWDER**

5 BIJI TELUR GRED B

100GM GULA KASTOR

1 TSP OVELLETTE

50ML SUSU SEGAR

1 TSP ESEN VANILLA

2 TBSP COKLAT EMULCO

50ML BUTTER CAIR


SATUKAN DAN AYAK BAHAN2 BERTANDA **


PUTAR SEMUA BAHAN KECUALI BUTTER CAIR SEHINGGA ADUNAN BERKRIM~PUTAR DENGAN KELAJUAN YG MAKSIMA SELAMA 10-12 MINIT.


MASUKKAN BUTTER CAIR~SEBATIKAN DENGAN SPATULA SAHAJA.


SEDIAKAN LOYANG,GRIS DAN ALAS


BAKAR SELAMA 30-40 MINIT DENGAN SUHU 170'C


APABILA KEK DAH MASAK,TERBALIKKAN KEK DI ATAS REDAI DAN BIARKAN IANYA SEJUK KEMUDIAN KELUARKAN DARI LOYANG.


****UNTUK SAIZ KEK DI ATAS,SUE GANDA KAN 4X ADUNAN DI ATAS****







BAHAN2 BUTTER CREAM:


400GM KRIMWELL

600GM SHORTENING

240GM GULA AISING~AYAK


PUTAR KRIMWELL DAN SHORTENING (LOW SPEED) SELAMA 2 MINIT.


MASUKKAN GULA AISING~PUTAR LAGI (LOW SPEED) SELAMA 2 MINIT.


***SUE TAMBAH 1 TSP ESEN VANILLA***

































Tiada ulasan:

Catat Ulasan