Halaman

Isnin, 9 Julai 2012

russian black n white cake



Sue buat kek ni untuk makan2 di rumah mak sempena meraikan hari lahir
beberapa keluarga terdekat termasuk la sue sendiri dan husband.Pertama kali mencuba buat kek ni...resepi dari rakan baru di fb naiz ismail.
sedap kek ni...walaupon agak remeh nak membuatnya ditambah pula dgn bahan2 kek yang agak mahal tapi memang berbaloi...


Bahan bahan kek:



1 cawan serbuk koko

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas

1/2 cawan susu cair~sue guna susu  segar

250gm butter

2 cawan gula perang~sue guna 1 1/2 cawan saja

4 biji telur

2 tsp esen vanilla

2 cawan tepung gandum

2 tsp baking powder



campurkan serbuk koko,gula halus dan air panas kedalam periuk,masakkan atas api kecil sehingga gula larut~ketepikan.


apabila dah sejuk,campurkan susu cair~gaul sebati.


pukul butter dan gula perang sehingga kembang kemudian campurkan telur satu persatu pukul lagi dan masukkan esen vanilla.


ayakkan tepung dan baking powder.


campurkan tepung berselang seli dgn coklat~guna kaedah kaup balik sehingga sebati.


sapukan loyang 8' dgn butter,alas dan sapu butter lagi.


tuang adunan kedalam loyang.


bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan.


suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

angkat dan sejukkan atas redai.

 


cream cheese frosting dan ganache untuk filling.

 bahan-bahan cream cheese frosting:



500gm cream cheese


250gm mascarpone


100gm gula aising


1 tsp serbuk nescaffe~sue guna serbuk kopi aje sebab dirumah sue tak ade nescaffe.
pukul cream cheese dan mascarpone sehingga sebati dan lembut.



masukkan gula aising~sebati kemudian campurkan serbuk nescaffe.


masukkan 1/2 adunan ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.


bahan-bahan ganache untuk filling:

50ml whipping cream

200gm coklat compound

hiris halus coklat

panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi2 periuk,tutup api dan masukkan coklat

kacau sehingga coklat larut dan cair

masukkan semua filling ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk 10 minit.


**tujuan sejukkan filling agar senang masa kita nak paipkan di atas kek nanti**




potong kek kepada 3 bahagian



Paipkan cream cheese frosting



kemudian paipkan ganache coklat pula

Buat untuk lapisan yang kedua

apabila dah siap,sapu dan ratakan lebihan cream cheese tadi dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam

nak curahkan coklat ganache pulak


bahan-bahan coklat ganache:



100ml whipping cream


300gm coklat compound~hiris kecil2

panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi2 periuk,tutup api dan masukkan coklat compound terus kacau sehingga coklat larut


sue tambah 2tbsp liquid glucose

curahkan atas kek

siap dah...sejukkan dalam peti sejuk semula...

Sue make-up sikit kek ni sebab ni birthday cake kann...sue gunakan buttercream ajer...


Sue buat cupcakes juga...cupcakes ni untuk diberi pada kawan2 di opis dan nursery atiqah




bahagian dalam kek

Rabu, 4 Julai 2012

jelly oren


jelly oren ni budak2 suka sangat...cepat aje habis nye


Potong 2 bahagian buah oren,keluarkan isi nye dgn berhati hati.jus oren akan dimasukkan ke dalam jelly nanti.




Sue gunakan serbuk agar agar,gula,jus perahan oren dan sedikit sunguick oren sahaja,masak sehingga mendidih dan tuang kedalam kulit buah oren,sejukkan...apabila sudah keras boleh la di potong.

Khamis, 21 Jun 2012

kek coklat moist


kek sempena hari guru taska/tadika taqwa...


bahan-bahan kek:


3 biji telur

1/2 tsp esen vanilla


bahan A:


140gm gula perang

250ml susu coklat

250ml minyak

50gm serbuk koko

150gm susu pekat



bahan B:


150gm tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bikarbonat

ayak semua bahan-bahan B


Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga sebati~biarkan sejuk.


putar telur sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla.

masukkan bahan A berselang seli dengan bahan B ke dalam telur kacau sebati

sediakan kukusan.

lenser loyang kek dengan margerin.

tuang adunan kedalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil.

kukus dengan menggunakan api sederhana selama 1 jam.

sejukkan kek sebelum dicurah kan topping.


bahan topping:


250gm coklat masakan

3 tbsp whipping cream atau susu cair

3 tbsp butter

double boiler kan semua bahan-bahan di atas dan curahkan di atas kek.



deco simple2 ajer...

kek durian

Resepi dr myresepi,resepi ni dr kak besah...sedap kek ni...lembut...

sue buat dlm papercup aje...senang nak bakar...utk resepi ni dapat dlm 22 biji cupcakes


bahan-bahan:


1/2 cawan self raising flour


3/4 cawan gula pasir~sue guna 1/2 cawan aje
1 biji telur

3/4 cawan durian~sue guna 4 ulas durian

1/2 cawan susu segar

3/4 cawan minyak jagung

1/2 tsp soda bikarbonat

1/3 tsp garam


cara-cara:
blend pula telur,gula,garam dan isi durian tadi~blend sehingga gula hancur.

masukkan minyak jagung~blend 5 saat.

masukkan soda bikarbonat~blend lagi 5 saat.

masukkan tepung dalam mangkuk dan curahkan bahan2 blend tadi~kacau rata
blend selama 5 saat.
griskan loyang bakar selama 40 minit dgn suhu 170'C
jika guna papercup bakar selama 15 minit.


 

blend isi durian dan susu segar

fruit tart


fruit tart

Buat fruit tart ni pagi2 sebelum ke opis...yang ni tempahan dr seorang guru di Gombak
Pastry nye Sue dah buat malam td lg..

bahan bahan pastry:

113gm butter
75gm gula halus
1 biji telur gred A + 1 kuning telur
250gm tepung halus~sue guna tepung gandum shj.


campurkan butter dan gula-kacau dgn whisk sehingga gula hancur

masukkan telur~kacau sehingga berkrim

masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau guna spatula sehingga menjadi doh yg lembut

bulatkan dan bungkus dgn plastik

simpan selama 2 jam di dalam peti sejuk

tekan doh kedalam acuan tart

cucuk dgn garpu di dasar nye

bakar selama 10-12 minit dgn suhu 180'C

sejukkan di atas redai
Cairkan coklat masakan dan sapukan ke dalam tart
bahan bahan krim:

300ml susu segar
3 biji telur
50gm gula halus
20gm tepung gandum*
20gm tepung jagung*
1 tsp esen vanilla
2 tbsp butter
*ayak


panaskan susu sehingga suam~ketepikan

campurkan kuning telur dan gula~kacau guna whisk sehingga berkrim

tuangkan susu~kacau rata

letakkan mangkuk/periuk krim ini di atas air mendidih dan terus kacau sehingga krim berubah menjadi pekat dan licin

matikan api~masukkan esen vanilla dan butter~kacau sebati

simpan didalam bekas yg bertutup rapat
masukkan krim kedalam tart
Buah buahan yang Sue guna kan...
dah siap...
siap packing nak gi hantar dahh

Rabu, 20 Jun 2012

puding roti karamel

Sue buat puding roti ni sebab Sue nak menghabiskan lebihan roti yang Sue gunakan untuk buat ais krim goreng baru2 ni...Sue x ikut resepi pon ni...

bahan-bahan:

5/6 keping roti
2 biji telur
3 tbsp gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 tsp esen vanilla

untuk karamel:

Sue gunakan 2 tbsp gula~hanguskan dlm loyang~ketepikan

blender kan semua bahan2 di atas...tuang di atas karamel td

kukus selama 20 minit

sejukkan...sedap di makan sejuk2
bahagian tengah nyer melekat sikit



yang ni tok dimakan
yang ni untuk diberi pada kawan hubby juga