Halaman

Isnin, 14 Disember 2009

KUIH GUNTING -12/12/2009


Buat kuih gunting ni pd hari sabtu.Resepi dari blog Mat Gebu.


Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
100-120ml air (lebih kurang)
1 biji telur
11/2 tbsp jintan manis (cuci dan toskan)
1 tbsp margerin (su guna 3 tbsp)
1/2 cawan minyak masak (su guna 3 tbsp)
1 tbsp gula
garam-secukup rasa


Bahan kisar:

5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 tsp jintan manis
1/4 cwn udang kering


Panaskan minyak dan masukkan marjerin.
Tumis bahan kisar,gula dan garam.
Masak dengan api perlahan dan sekejap sahaja.
Gaul tepung dengan jintan manis kemudian masukkan telur.
Masukkan bahan tumis dan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Gunting kemudian goreng sehingga warna keemasan.

Rabu, 2 Disember 2009

BISKUT COKLAT BERHIAS-26/11/2009



Biskut ni buat untuk raye haji baru2 ni.Resepi dari chef Norzailina,tapi su ubah sket..dalamnye sepatut nye guna badam tapi su guna hazelnut.Biskut ni senang nk buat dan sedap.Resepi later la ye...


Bahan-bahan:

300gm tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
70gm gula aising
2 tbsp serbuk badam
140gm butter
40gm lemak sayuran
80-100gm badam-dipanggang 200'C sehingga merekah dan berbau

Bahan Hiasan:

250gm coklat masakan
2 tbsp lemak sayuran


Ayak tepung gandum dan tepung jagung.
Campurkan bahan ayak dengan serbuk badam,gaul sebati.
Campurkan butter dan lemak sayuran uli sehingga jadi doh.
Bulatkan dan letak badam didalamnya kemuadian bakar selama 20-25 minit pada suhu 175'C.
Apabila biskut telah sejuk curahkan coklat masakan.

Selasa, 24 November 2009

KEK LAPIS STRAWBERY-24/11/2009


Resepi dari chef Zubaidah ketika su mengikuti kelas masakannya.

Bahan-bahan:

6 biji telur (medium size)
125gm susu pekat manis
80gm gula aising
100gm tepung gandum
250gm butter
1 tsp baking powder
1 tbsp ovelette
1 tbsp strawbery emulco
1 tsp pewarna rose pink


Ayak tepung dan baking powder.
Pukul telur,gula aising dan ovelette sehingga kembang dan putih.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit (low speed)
Dibekas yang berasingan pukul butter dan susu sehingga kembang.
Campurkan adunan butter ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian.
Masukkan pewarna pink dan strawbery emulco kedalam 1 bahagian adunan,dan 1 bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Gunakan loyang 7'x7' gris dan alas dengan kertas.
180'C dan bakar selapis demi selapis sehingga habis.

Isnin, 23 November 2009

CORNFLAKES BEREMPAH-23/11/2009


Snek yang sedap...resepi dari rumah jun.

Bahan-bahan:

3 cawan cornflakes
2 tbsp minyak
1/2 tsp jintan putih
1/2 cawan kekacang (pangang) su guna badam dan gajus
1/2 cawan raisin 
1/2 cawan ikan bilis (digoreng)
1 tsp serbuk cili
1/3 tsp serbuk kunyit
1 tsp garam
1/2 tsp gula
1 tsp jus limau @ air asam jawa

BISKUT DAHLIA-23/11/2009



Semalam su cuti anak demam,kesian pulak nak hantar kat nursery so sambil2 cuti tu buat biskut ni.Resepi dari blog mat gebu. 

Bahan-bahan:

300gm butter
160gm gula aising (su guna 140gm je)
2 biji kuning telur
1 tsp esen ros
240gm tepung gandum
100gm tepung jagung
160gm tepung kastard
ceri merah-sebagai hiasan


Campurkan kesemua jenis tepung dan ayak.
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan esen ros kemudian pukul sebati.
Masukkan tepung gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
Bakar 175'C selama 15-20 minit.

BUTTER CAKE-23/11/2009



Kek ni amat senang nak buat.very simple...resepi dari mak.


bahan-bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan butter
2 cawan tepung kek
1 tsp esen vanila

pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur.
Masukkan butter dan esen vanila pukul sebati kemudian masukkan tepung kek gaul sebati.
Alas loyang dengan kertas dan bakar 200'C selama 30-40 minit.