Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

talam permata keledek

yang ini pon buat untuk kenduri di rumah mak,sue guna loyang 10x10x3

bahan lapisan tengah:

2 cawan keledek oren~didadu,rebus n toskan
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 tbsp hoen kwee (putih)~sue ade yg warna hijau aje...so sue guna aje..)
1 cawan gula halus
sedikit garam

campurkan sebati semua bahan kecuali ubi keledek

tapis~masak sehingga naik wap~tutup api

campurkan keledek dan kacau rata~ketepikan

bahan lapisan atas dan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan santan
2 cawan air
secubit garam
pewarna merah dan hijau

bancuh semua bahan~tapis dan masak sehingga naik wap

bahagikan kpd 2 bahagian

1 bahagian dicampurkan pewarna merah

1 bahagian dicampurkan pewarna hijau~sue guna pewarna oren sbb bhgn tengah tu dah warna hijau

sapukan sekeliling loyang dengan minyak dan alaskan dgn plastik

panaskan pengukus

tuang adunan merah dan kukus selama 10 minit

(pastikan tiada air bertakung diatas permukaan,jika ada lapkan dgn tisu dapur perlahan2)
goreskan dgn garpu di permukaan kuih

tuangkan adunan tengah dan kukus selama 20 minit

gores sedikit dgn garpu dipermukaan lapisan

tuang pula adunan yg terakhir dan kukus selama 25 minit

setelah masak,buka penutup kukus dan biarkan selama 5 minit dgn api yg masih belum ditutup untuk keringkan permukaan kuih.
 
sejukkan dahulu sblm dipotong

untuk potongan yg cantik dan kemas gunakan pisau plastik


















puding strawberi buahan kristal


Buat puding ni untuk dibawa ke rumah mak,Sue buat dua loyang so resepi nyer sue doublekan la..

bahan lapisan atas:

3gm serbuk agar-agar
450ml air~sue guna 350ml saje
5 tbsp gula
buah mangga,kiwi n strawberi-dipotong

masak air dan serbuk agar2 sehingga larut kemudian campurkan gula
masak sehingga mendidih dan ketepikan.


bahan lapisan bawah (puding):

5gm serbuk agar-agar
500ml air
1/2 cawan susu cair
7 tbsp gula~boleh di tambah @ dikurangkan.
120ml puri strawberi~sue blend 8 biji buah strawberi dgn  sedikit susu dan campurkan sedikit pewarna pink)

masak air dan serbuk agar2 sehingga larut kemudian campurkan gula
masak sehingga mendidih dan masukkan susu cair
bila dah mendidih,padamkan api kemudian campurkan puri strawberi dan kacau rata.

basahkn loyang yg akan digunakan,tabur buah2 yg dipotong td didasar loyang
tuangkn perlahan2 bahagian lapisan atas~biarkan ianya mengeras sedikit
bila dah mengeras goreskan dgn garpu dipermukaan nye
tuangkan perlahan2 bahagian lapisan bawah td
sejukkan...



sudah pon di keluarkn dr loyang


yang ni untuk sue rasa laa...
keluarkan yang satu loyang lagi...

siap dah tok bawak ke rumah mak






Isnin, 7 Mei 2012

agar agar gula melaka


Sue selalu juga buat agar-agar ni sebab budak2 suka..



 ini adalah bahan2 nye:

10gm serbuk agar-agar
1 liter air
2 helai daun pandan
2 biji telur
1/2 kotak santan pekat (dlm 100ml)
2 keping gula melaka
secubit garam

masak air dan serbuk agar2 sehingga mendidih

masukkan gula melaka~sue x tambahkan gula pasir..jika nak manis lg boleh tambahkn gula

campurkan santan,telur dan garam~kacau sebati

kecilkan api,tapis santan dan masukkan ke dalam agar2 tadi

masak lagi sehingga mendidih

basahkan loyang dan tuang agar2 kemudian sejukkan.


checkered bread























kek lapis warisan















Khamis, 29 Mac 2012

kek buah buahan

kek ni sedap...lembut dan tak manis sangat


kek baru siap di bakar


sejukkan di atas redai,sebelum di potong dua...untuk diletakkn potongan buah buahan dan fresh cream









Rabu, 28 Mac 2012

walnut carrot cake

bahan-bahan:


5 biji telur gred A

1 1/2 cawan gula castor~sue guna 1 cawan sahaja

1 1/2 cawan minyak jagung

3/4 cawan walnut~dibakar dan dicincang halus~sue tambahkan kismis dan badam

2 1/4 cawan tepung superfine*

2 tsp baking powder*

1 1/2 tsp baking soda*

*satukan dan ayak.

400gm lobak merah~di parut



pukul telur dan gula sehingga gebu dan kembang.

campurkan minyak jagung dan walnut~gaul sebati

campurkan tepung~gaul rata

masukkan lobak dan gaul sebati

gris loyang size 8" dgn butter dan lapikkan dgn kertas minyak (sue guna loyang 7x3 dan selebihnya sue buat cupcakes)

bakar selama 1 jam dengan suhu 180'C

sejukkan sebelum dihias.



lobak,kismis,badam dan walnut


kek yang telah masak,setelah sejuk potong di bhgn tengah

ratakan cream cheese pada kek



Bahan-bahan frosting:

250gm cream cheese

120gm butter

120gm gula aising (di ayak)~sue guna 60gm sahaja



dah siap untuk dihias dgn cream di atas kek pula

buat simple2 aje...

da hampir siap...



dahh siap ponn...


yang ini untuk cupcakes pulak





bagi pada jiran2 sikit

lenkali boleh buat lagi...sedap kek ni...