Halaman

Khamis, 5 Mei 2011

CHILLED STRAWBERRY CHEESECAKE

Resepi ni Sue abik dr Blog Che Mat...terguda bila melihat kek neh...so malam tadi Sue buat la kek ni.Guna strawberry dari Korea...ok..x masam sangat hinggakan anak Sue Rusyaidi makan hampir separuh..yg ni ade rasa manis sedikit berbanding strawberry dari Cam.Hghlnds.Selepas ni Sue terpikir nak guna buah mangga atau buah kiwi la pulak...hehheh..Sue tak pndai nok hias2..x kretip..yg Cik Mat nyer cantik..huhu

Bahan-bahan:

200gm biskut (digestive cookies)~Sue guna biskut marie jek
80gm mentega-dicairkan
250gm cream cheese
60gm gula halus
6 biji strawberry segar-dikisar halus
1 tsp strawberry emulco
6 biji strawberry segar-didadu
11/2 tbsp gelatin halal-Sue guna jenama halagel
125ml air suam
200ml whipping cream-disejukkan-Sue guna 1 kotak kecil 250ml
Strawberry segar untuk hiasan

Hancurkan biskut kemudian gaul dengan butter sehingga boleh dikepal dan tekan kedlm loyang padat2,sejukkan dlm freezer.

Putar cream cheese dan gula halus sehingga berkrim kemudian campurkan puree strawberry dan strawberry emulco-putar rata.

Didalam bekas lain,putar whipping cream sehingga kembang kemudian masukkan kedalam bancuhan keju tadi-gaul rata dengan spatula-ketepikan.

Gelatin dibancuh bersama air suam,kacau sehingga larut dan kelihatan jernih.

Tuangkan kedalam adunan cheese tadi,kacau rata dan masukkan buah strawberry yg didadu-gaul rata.

Tuang kedalam loyang yg disejukkan td-ratakan-simpan didlm peti sejuk selama 3-4 jam atau sehingga keras.
Sue simpan semalaman.







Pagi nih masak soto,mak n yong satu family singgah sebelum bertolak ke CH...selain buat kek nih Sue buat karamel gop



Karamel cream crackers

 soto

Isnin, 25 April 2011

bekpes

Cadang nye nak buat roti jala...buat 3 keping aje..x sempat nak ambik gambar..masih guna resepi roti jala,tapi rasa lambat dan remeh nak buat guna acuan...hahaha...so..jd camni lahh..cepat n ringkas..
makan dengan kari ayam + kentang.



karamel cream cracker

10 biji telur (sue guna 8 biji sahaja)
10 keping biskut
2 cawan susu cair (sue guna susu segar 250ml)
11/4 cawan gula (sue guna 3/4 cawan sahaja)
esen vanilla
pewarna merah dan hijau
3 tbsb gula (untuk gula hangus)

Buat gula hangus-masak gula dengan 1 tbsp air sehingga berwarna perang dan tuangkn kedalam loyang (sue terus masak dalam loyang-guna api kecil)
blend semua bahan2 diatas kecuali pewarna
bahagikan 3 bahagian-1 bhgn warna asal bhgn warna hijau dan 1 bhgn lagi warna merah
kukus 1 bahagian selama 10-15 minit.
sejukkan..

sagu gula melaka

Sagu gula melaka ni sedap makan bila dah disejukkan...simple jer nak buat,kebetulan ari ni cuti sebab Atiqah sakit mata dan selsema..resepi ikut kt blog kak jee.

1 cawan sagu biji
4 cawan air
gula melaka
susu cair/santan atau susu segar

rendam sagu 20 minit
masak air 4 cawan sehingga mendidih,toskan sagu dan campurkan kedalam air yg mndidih
kacau perlahan sehingga sagu jernih(tiada putih)
tuang dlm bekas2 kecil dan sejukkan
masak gula melaka-tapis kemudian campurkan santan dan daun pandan masak lagi sehingga mendidih. (sue guna santan sbb nak habiskan santan lebihan masak lemak cili padi ayam + kentang)






Selasa, 12 April 2011

SAMBAL BELIMBING HITAM

Sambal belimbing hitam ni slalu gak laa buat,...
  .sedap..ade rasa pedas n masam..Belimbing buluh ni rebus sehingga airnyer kering n berubah warna jd warna hitam..tu yg dpanggil belimbing hitam..klu kt Lipis..popular gok laa...ni Sue post dlm blog nih sbb Uda dok tanyer..camner nok buat..lame doh Uda dok tanyer tp x smpat nk update kt sini..Belimbing nih Mak Sue yg rebus sendiri...asal musim belimbing berbuah Mak akan rebus...boleh tahan lama..simpan dlm peti..stok sentiasa ada kt rumah Mak.Resepi nyer simple jek...pandai2 ler nak letak bnyak mane bahan2 nyer..Agak2 jek ler...ngeh3

Bahan2:

belimbing rebus -dlm 10 biji
20 biji cili padi
ikan bilis-1/2 kisar
1 biji bawang besar-1/2 kisar n 1/2 hiris sahaja

Kisar cili padi sehingga halus...letak belimbing...kemudian campurkan 1/2 bawang besar
dan ikan bilis..kisar sehingga halus..
Panaskan sedikit minyak n goreng ikan bilis dan bawang besar yg dhiris sehingga garing.
Kemudian masukkan semua bahan yg dikisar td...campurkan sedikit air
Boleh tambah sedikit gula tapi jangan masukkan garam kerana belimbing td da direbus dengan garam.
Masak sedikit agak pekat...




Isnin, 11 April 2011

ROTI SOSEJ

Roti sosej ni Chef Zubaidah yg ajor masa Sue gi kelas kek dia..OK lerr budak2 suke..senang n simple

Bahan-bahan:
Roti
Sosej
Telur (pukul sket) n campur sedikit garam n lada sulah.
Breadcrumbs

Rebus sosej.
Tekan roti sehingga nipis (nak bg roti tuh lembut stim@kukus roti dulu)
*Buang bahagian tepi roti*
Gulung roti ngan sosej
*untuk lekatkan bahagian tepi n tengah roti guna air sahaja*
Celup roti didlm telur.
Ratakan breadcrumbs dengan roti.
Goreng guna api kecil sahaja.
Hidang bersama sos cili.

 Sesuai difrozen..waktu nak makan baru goreng...lagik satu roti sosej ni tak brminyak sebab roti yg da dinipiskan tuh tak meresap minyak..

Yang ni tok simpanan waktu2 dop bape rajin nok masok.





PUDING MANGGA



Resepi dari blog jun..sedap puding ni..

bahan-bahan:
bahagian A (lapisan bawah):

1 tbsp agar-agar serbuk
375ml air
50gm gula
250ml santan (Sue guna susu cair)
250ml puree mangga

Masak semua bahan kecuali puree mangga guna api perlahan sehingga mendidih.
Angkat dan masukkan puree mangga,kacau sebati.
Tuang dlm acuan atau loyang.

bahagian B (lapisan atas):

1/2 tbsp agar-agar serbuk
375ml air 
2 tbsp gula
1/4 tsp garam
60ml puree mangga

Isi mangga yg didadu.

Masak semua bahan B kecuali puree mangga sehingga mendidih.
Angkat n campurkan puree mangga kacau rata

Letakkan mangga yg didadu di atas lapisan pertama td.
Curah bahagian B atas lapisan pertama.
Sejukkan.

Sue guna 3 biji mangga.