Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

kek karamel

Sue buat kek ni untuk diberikan pd kawan hubby.

A-karamel: (yg ni sue guna loyang 8')

2 tbsp gula
tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan sehingga gula cair dan perang.

ketepikan.



B-bahagian atas:

1/2 tin susu cair*
70gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 biji kuning telur*

*boleh ditambah jika nak karamel nyer tebal.

C-lapisan kek:

140gm tepung gandum
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 tsp baking powder
45ml minyak masak

D-merinque:

6 biji putih telur
70gm gula castor
1 tsp krim of tar tar~sue x letak pon.


Kacau semua bahan B perlahan (jangan berbuih)

masukkan kedalam loyang yg ade karamel td.

pukul semua bahan C

pukul bahan D sehingga kembang (jika terbalikkan mangkuk tak jatuh)

campurkan semua C dan D~gaul sebati.

bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg disukai

masukkan kedalam loyang td secara berselang seli warna nyer

bakar secara double-boiling selama 1 jam dgn suhu 180'C

apabila sudah masak,rehatkan selama 10 minit baru terbalikkan loyang.

sejukkan dalam peti~boleh hias dgn buah buahan.






kuih lapis labu

bahan A:

2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan

bahan B:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

bahan C:

1/2 cawan santan pekat

bahan D:

1 cawan labu~rebus dan hancurkan.

sue guna loyang 8'

masak bahan A sehingga gula larut~sejukkan dan ketepikan.

dalam mangkuk lain,satukan bahan B,gaul rata

masukkan bahan A kedalam bahan B~kacau sebati

tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian

1 bahagian dicampurkan dgn bahan C

1 bahagian lg dicampurkan dgn bahan D

bahagikan pula setiap bahagian kpd 3 bahagian supaya sama jer jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
panaskan kukusan

sapu minyak didasar n sekeliling loyang dan alaskan dgn plastik

masukkan adunan D dan kukus selama 5-7 minit

ulang sehingga habis,untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit dan gunakan api yg sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

sejukkan dan potong dgn pisau plastik.





talam permata keledek

yang ini pon buat untuk kenduri di rumah mak,sue guna loyang 10x10x3

bahan lapisan tengah:

2 cawan keledek oren~didadu,rebus n toskan
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 tbsp hoen kwee (putih)~sue ade yg warna hijau aje...so sue guna aje..)
1 cawan gula halus
sedikit garam

campurkan sebati semua bahan kecuali ubi keledek

tapis~masak sehingga naik wap~tutup api

campurkan keledek dan kacau rata~ketepikan

bahan lapisan atas dan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan santan
2 cawan air
secubit garam
pewarna merah dan hijau

bancuh semua bahan~tapis dan masak sehingga naik wap

bahagikan kpd 2 bahagian

1 bahagian dicampurkan pewarna merah

1 bahagian dicampurkan pewarna hijau~sue guna pewarna oren sbb bhgn tengah tu dah warna hijau

sapukan sekeliling loyang dengan minyak dan alaskan dgn plastik

panaskan pengukus

tuang adunan merah dan kukus selama 10 minit

(pastikan tiada air bertakung diatas permukaan,jika ada lapkan dgn tisu dapur perlahan2)
goreskan dgn garpu di permukaan kuih

tuangkan adunan tengah dan kukus selama 20 minit

gores sedikit dgn garpu dipermukaan lapisan

tuang pula adunan yg terakhir dan kukus selama 25 minit

setelah masak,buka penutup kukus dan biarkan selama 5 minit dgn api yg masih belum ditutup untuk keringkan permukaan kuih.
 
sejukkan dahulu sblm dipotong

untuk potongan yg cantik dan kemas gunakan pisau plastik


















puding strawberi buahan kristal


Buat puding ni untuk dibawa ke rumah mak,Sue buat dua loyang so resepi nyer sue doublekan la..

bahan lapisan atas:

3gm serbuk agar-agar
450ml air~sue guna 350ml saje
5 tbsp gula
buah mangga,kiwi n strawberi-dipotong

masak air dan serbuk agar2 sehingga larut kemudian campurkan gula
masak sehingga mendidih dan ketepikan.


bahan lapisan bawah (puding):

5gm serbuk agar-agar
500ml air
1/2 cawan susu cair
7 tbsp gula~boleh di tambah @ dikurangkan.
120ml puri strawberi~sue blend 8 biji buah strawberi dgn  sedikit susu dan campurkan sedikit pewarna pink)

masak air dan serbuk agar2 sehingga larut kemudian campurkan gula
masak sehingga mendidih dan masukkan susu cair
bila dah mendidih,padamkan api kemudian campurkan puri strawberi dan kacau rata.

basahkn loyang yg akan digunakan,tabur buah2 yg dipotong td didasar loyang
tuangkn perlahan2 bahagian lapisan atas~biarkan ianya mengeras sedikit
bila dah mengeras goreskan dgn garpu dipermukaan nye
tuangkan perlahan2 bahagian lapisan bawah td
sejukkan...



sudah pon di keluarkn dr loyang


yang ni untuk sue rasa laa...
keluarkan yang satu loyang lagi...

siap dah tok bawak ke rumah mak






Isnin, 7 Mei 2012

agar agar gula melaka


Sue selalu juga buat agar-agar ni sebab budak2 suka..



 ini adalah bahan2 nye:

10gm serbuk agar-agar
1 liter air
2 helai daun pandan
2 biji telur
1/2 kotak santan pekat (dlm 100ml)
2 keping gula melaka
secubit garam

masak air dan serbuk agar2 sehingga mendidih

masukkan gula melaka~sue x tambahkan gula pasir..jika nak manis lg boleh tambahkn gula

campurkan santan,telur dan garam~kacau sebati

kecilkan api,tapis santan dan masukkan ke dalam agar2 tadi

masak lagi sehingga mendidih

basahkan loyang dan tuang agar2 kemudian sejukkan.


checkered bread























kek lapis warisan