Halaman

Rabu, 20 Jun 2012

kek coklat kukus

Sue ambil resepi ni dr myresepi,Sue buat kek ni petang selepas balik dari opis sebelum maghrib dah siap sebab kek ni mudah dan senang sangat nak buat...Sue buat kek ni untuk diberi pada kawan hubby.
bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur

campurkan serbuk koko,gula,susu cair,minyak.susu pekat~masak~sebatikan
masak sehingga gula larut.

satukan tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat~ayak kan...

pukul telur sehingga kembang

masukkan adunan koko tadi~gaul rata

masukkan tepung~kacau rata dan sebati

tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam
Sue potong kepada 2 bahagian.
topping coklat

topping coklat:


1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan + 2 tbsp susu pekat manis
6 tbsp minyak masak

masukkan semua bahan dalam periuk,kacau rata dan masak diatas api perlahan (sentiasa kacau) selama 2 minit

sejukkan sebentar dan curah kan di atas kek.




dah siap dah...


Sue cuma hiaskan dengan buah strawberi aje...




Selasa, 19 Jun 2012

chocolate cupcakes

 cupcakes yg ni pon sue buat untuk jamuan sempena hari jururawat.

kek span coklat

Kek ni sue buat sempena nak meraikan hari jururawat 2012 di opis sue...Sue guna loyang size 11x11 so kek ni besar dan berat nye hampir 3kg.

resepi nye nanti sue update kan kemudian yer...
kek yg baru siap masak..nak sejukkan dulu sebelum sue potong kpd 3 bahagian

sapukan buttercream kemudian sue tambahkan blueberry filling

bahan2 buttercream:

400gm krimwell
600gm shortening
240gm gula aising (ayak)

pukul krimwell dan shortening low speed selama 2 minit
campurkan gula aising dan pukul lagi low speed selama 2 minit
*boleh tambahkan apa2 perisa*


ok...ni dah siap letak filling nyer...
sapukan buttercream dipermukaan dan sekeliling kek
siap dah tp masih comot laa..sue nak simpan dlm peti sejuk jap sambil2 tu sue nak sediakan buttercream utk hiasan kek ni
ni siap dah...dah masuk kotak nak bawa ke opis dah...


bahagian dalam kek


inilah 3 masakan yang Sue buatkan sempena majlis jamuan hari jururawat 2012



kek karamel

Sue buat kek ni untuk diberikan pd kawan hubby.

A-karamel: (yg ni sue guna loyang 8')

2 tbsp gula
tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan sehingga gula cair dan perang.

ketepikan.



B-bahagian atas:

1/2 tin susu cair*
70gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 biji kuning telur*

*boleh ditambah jika nak karamel nyer tebal.

C-lapisan kek:

140gm tepung gandum
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 tsp baking powder
45ml minyak masak

D-merinque:

6 biji putih telur
70gm gula castor
1 tsp krim of tar tar~sue x letak pon.


Kacau semua bahan B perlahan (jangan berbuih)

masukkan kedalam loyang yg ade karamel td.

pukul semua bahan C

pukul bahan D sehingga kembang (jika terbalikkan mangkuk tak jatuh)

campurkan semua C dan D~gaul sebati.

bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg disukai

masukkan kedalam loyang td secara berselang seli warna nyer

bakar secara double-boiling selama 1 jam dgn suhu 180'C

apabila sudah masak,rehatkan selama 10 minit baru terbalikkan loyang.

sejukkan dalam peti~boleh hias dgn buah buahan.






kuih lapis labu

bahan A:

2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan

bahan B:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

bahan C:

1/2 cawan santan pekat

bahan D:

1 cawan labu~rebus dan hancurkan.

sue guna loyang 8'

masak bahan A sehingga gula larut~sejukkan dan ketepikan.

dalam mangkuk lain,satukan bahan B,gaul rata

masukkan bahan A kedalam bahan B~kacau sebati

tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian

1 bahagian dicampurkan dgn bahan C

1 bahagian lg dicampurkan dgn bahan D

bahagikan pula setiap bahagian kpd 3 bahagian supaya sama jer jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
panaskan kukusan

sapu minyak didasar n sekeliling loyang dan alaskan dgn plastik

masukkan adunan D dan kukus selama 5-7 minit

ulang sehingga habis,untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit dan gunakan api yg sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

sejukkan dan potong dgn pisau plastik.





talam permata keledek

yang ini pon buat untuk kenduri di rumah mak,sue guna loyang 10x10x3

bahan lapisan tengah:

2 cawan keledek oren~didadu,rebus n toskan
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 tbsp hoen kwee (putih)~sue ade yg warna hijau aje...so sue guna aje..)
1 cawan gula halus
sedikit garam

campurkan sebati semua bahan kecuali ubi keledek

tapis~masak sehingga naik wap~tutup api

campurkan keledek dan kacau rata~ketepikan

bahan lapisan atas dan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan santan
2 cawan air
secubit garam
pewarna merah dan hijau

bancuh semua bahan~tapis dan masak sehingga naik wap

bahagikan kpd 2 bahagian

1 bahagian dicampurkan pewarna merah

1 bahagian dicampurkan pewarna hijau~sue guna pewarna oren sbb bhgn tengah tu dah warna hijau

sapukan sekeliling loyang dengan minyak dan alaskan dgn plastik

panaskan pengukus

tuang adunan merah dan kukus selama 10 minit

(pastikan tiada air bertakung diatas permukaan,jika ada lapkan dgn tisu dapur perlahan2)
goreskan dgn garpu di permukaan kuih

tuangkan adunan tengah dan kukus selama 20 minit

gores sedikit dgn garpu dipermukaan lapisan

tuang pula adunan yg terakhir dan kukus selama 25 minit

setelah masak,buka penutup kukus dan biarkan selama 5 minit dgn api yg masih belum ditutup untuk keringkan permukaan kuih.
 
sejukkan dahulu sblm dipotong

untuk potongan yg cantik dan kemas gunakan pisau plastik


















puding strawberi buahan kristal


Buat puding ni untuk dibawa ke rumah mak,Sue buat dua loyang so resepi nyer sue doublekan la..

bahan lapisan atas:

3gm serbuk agar-agar
450ml air~sue guna 350ml saje
5 tbsp gula
buah mangga,kiwi n strawberi-dipotong

masak air dan serbuk agar2 sehingga larut kemudian campurkan gula
masak sehingga mendidih dan ketepikan.


bahan lapisan bawah (puding):

5gm serbuk agar-agar
500ml air
1/2 cawan susu cair
7 tbsp gula~boleh di tambah @ dikurangkan.
120ml puri strawberi~sue blend 8 biji buah strawberi dgn  sedikit susu dan campurkan sedikit pewarna pink)

masak air dan serbuk agar2 sehingga larut kemudian campurkan gula
masak sehingga mendidih dan masukkan susu cair
bila dah mendidih,padamkan api kemudian campurkan puri strawberi dan kacau rata.

basahkn loyang yg akan digunakan,tabur buah2 yg dipotong td didasar loyang
tuangkn perlahan2 bahagian lapisan atas~biarkan ianya mengeras sedikit
bila dah mengeras goreskan dgn garpu dipermukaan nye
tuangkan perlahan2 bahagian lapisan bawah td
sejukkan...



sudah pon di keluarkn dr loyang


yang ni untuk sue rasa laa...
keluarkan yang satu loyang lagi...

siap dah tok bawak ke rumah mak