Halaman

Rabu, 13 Januari 2010

AGAR-AGAR PANDAN



Agar-agar ni buat atas permintaan Rusyaidi.Dia req. nak lapisan santan tu nipis aje..so su kurangkan santan
1/2 cawan,telur pula guna 1 biji aje.Resepinya sama dengan resepi agar-agar gula melaka cuma gantikan gula melaka dengan pewarna hijau.

AGAR-AGAR GULA MELAKA




Yang ini pun buat untuk kenduri mak.Resepi yang simple aje...nak buat pun senang sangat...


Bahan-bahan:

10gm serbuk agar-agar
1 liter air
4 helai daun pandan
5 Tbsp gula (gula ni boleh dikurangkan @ dilebihkan)
4 keping gula melaka
2 biji telur
11/2 cawan santan
sedikit garam

Cara-cara:

Campurkan serbuk agar-agar,air,gula dan daun pandan sehingga mendidih.
Masukkan gula melaka.
Campurkan telur bersama santan dan garam pukul sedikit dan tapis.
Kecilkan api kemudian masukkan santan kedalam agar-agar biarkan sehingga mendidih.
Tuangkan kedalam loyang dan sejukkan.

JELLY KELAPA



First time buat jelly kelapa,jelly ni pun buat untuk kenduri mak.Resepi Su ambil dari blog Jun.

Bahan-bahan:

10gm serbuk agar-agar
2.6L air kelapa-ambil dari 3 biji kelapa muda kalau tak cukup boleh tambah air biasa)
Isi kelapa muda (ambil dengan sudu)
11 tbsp gula (ikut citarasa boleh dikurangkan @ ditambah)
3 helai daun pandan

Cara-cara:

Masak air kelapa,serbuk agar-agar,gula dan daun pandan sehingga mendidih.
Masukkan isi kelapa kemudian tutup api.
Biar sejuk seketika.
Masukkan kedalam bekas dan sejukkan.


AGAR-AGAR PELANGI



Su buat agar-agar ni hari ahad lepas sebagai pencuci mulut semasa kenduri kesyukuran mak di Putrajaya.
Resepinya dah pernah post sebelum ini.

LEPAT LABU




First time buat lepat labu sendiri...labu ni dari kebun De di kg Rengai,dah lama jugak la terperap kat dapur
daun pisang pulak ambil di depan rumah jer...tapi daunnye kecil2 jer sebab tak cukup tanah kot.
Resepi utk lepat ni main campur2 jer..agak-agak la..

Bahan-bahan:

labu yang telah direbus @ dikukus kemudian dilenyek
santan
gula
tepung

Khamis, 7 Januari 2010

PERCUTIAN DI MELAKA




Su sekeluarga pergi bercuti ke Melaka pada 29/12/2009 sehingga 31/12/2009.







Menginap di d'village resort di Ayer Keroh.




kek coklat



Kek ni buat semasa Benta dan familynya datang kerumah su.Req from mirah...disamping nak menghabiskan susu cair dan blueberry filling.Kek ni amat senang nak buat dan sedap.Su sapukan aising dan bluebery filling.
Resepi dah pernah post sebelum ini,cuma sebelum ni su buat cupcakes.