Halaman

Khamis, 27 September 2012

KEK PISANG


SUMBER: http://yummylicious-jun.blogspot.com

(banana choc rice cake)






BAHAN BAHAN

BAHAN A:

150gm butter

150gm gula kastor~sue guna 100gm sahaja

3 biji telur

100gm susu segar

100gm pisang ~dilecek


BAHAN B:

200gm tepung~sue guna tepung kek

30gm coklat rice

1/4 tsp soda bikarbonat

1/3 cawan pisang~didadu


HIASAN:

2  biji pisang~dipotong nipis bulat dan disusun atas kek


ayak tepung bersama soda bikarbonat

pukul butter dan gula sehingga kembang

masukkan telur sebiji demi sebiji

masukkan susu berselang seli dengan tepung

masukkan coklat rice dan pisang yang didadu

masukkan pisang yang dilecek

gaul rata dan sebati

gris dan alas loyang~sue guna loyang 7 X 7

tuang adunan kek dan susunkan hirisan pisang di atas nya

bakar dengan suhu 170'C selama 40 minit atau sehingga masak









AGAR AGAR SAGU MUTIARA


Sue buat agar-agar sagu ni sempena majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di opis...lama dah...baru hari ni berpeluang untuk masukkan resepi.

sumber:Che Mat Gebu~(http://www.tiffinbiru.com)


bahan-bahan:

20gm serbuk agar-agar
1 liter air
300gm gula pasir
3 helai daun pandan~disimpul
100gm biji sagu
250ml santan~sue guna santan kotak 200ml + 50ml air
pewarna hijau,pink dan purple.


rendam sagu selama 2 jam,rebus dalam air mendidih sehingga biji sagu menjadi jernih

tapis sagu dan cuci dibawah air mengalir untuk membuang kanji (untuk mengelakkan dari biji sagu melekat antara satu sama lain)

bahagikan sagu kepada 6 bahagian~3 bahagian di biarkan warna asal dan 3 bahagian lagi Sue campurkan pewarna pink,hijau dan purple.

 masukkan air,gula dan serbuk agar ke dalam periuk kacau rata.

masukkan daun pandan dan masak sehingga mendidih kemudian campurkan santan dan kecilkan api.

sedia kan loyang 8X8 basahkan loyang dengan sedikit air~(untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar nanti)

ambil 200ml agar-agar dan campurkan 1 bahagian sagu yang berwarna asal kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam loyang~biarkan ianya beku.

lorekkan sedikit permukaan agar-agar dengan garfu dan tuang lapisan sagu yang berwarna pula.

ulang proses berikut nya sehingga habis.

simpan didalam peti sejuk.








siap potong dahhh...








TEMPAHAN KEK



































Selasa, 24 Julai 2012

talam kastard jagung

loyang 10x10


lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung beras


1/2 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung kastard

1 cawan gula

1
cawan jagung krim manis

3 1/2 cawan santan~sue guna 1 kotak santan 200ml + air

sedikit pewarna kuning

sedikit garam

satukan semua jenis tepung,campurkan gula,garam dan santan sehingga sebati kemudian tapis.

masak sehingga naik wap,tutup api dan masukkan jagung manis~gaul sebati.

alas loyang dan sapukan minyak

panaskan kukusan terlebih dahulu,kukus selama 20 minit


lapisan atas:


2 cawan santan pekat~sue guna santan kotak 200ml + air

1 cawan air pandan~kisar 3 helai daun pandan

1 cawan tepung gandum

2 tbsp tepung jagung

1 tbsp tepung ubi

2 biji telur

2 tbsp gula pasir

secubit garam


pewarna hijau


blendkan semua bahan kemudian tapis.

masak sehingga naik wap

lorekkan sedikit permukaan jagung,tuang perlahan lahan adunan hijau

kukus selama 20 minit

sejukkan dan potong dengan pisau plastik.


 












Kuih ni guna loyang 10x10 so dapat banyak...yg ni untuk mak dan jiran2



Selasa, 17 Julai 2012

moist chocolate cake

Resepi kek ini Sue ambil dr fb nora danny hary rakan fb sue.Mudah dan ringkas aje nak buat kek ni...
Sedap kek ni...x manis sangat...yang ni sue buat untuk guru kelas karate rusyaidi dan zahin.Sue bakar guna loyang 7' tapi terpaksa dipotong dua sebab dirumah stok alas kek dan kotak kek hanya tinggal yang kecil sajer...nak buat kek ni tak rancang pon...kebetulan budak2 lulus ujian kenaikan warna tali pinggang ari ni yg brsamaan dengan hari lahir cikgu karate...Sue buat kek sebelum zohur,kemudian Sue sekeluarga ke bukit jalil sempena hari koperasi selepas maghrib baru sue make up kn kek ni...simple2 aje...sebab nak cepat...

resepi:

bahan A:


2 biji telur

1 cawan susu pekat

1 cawan gula halus

1 cawan minyak masak~sue guna margerin yg dicairkan

1 cawan serbuk koko *

2 cawan tepung gandum*

1 tsp baking powder*

1 tsp soda bikarbonat*

1 tsp esen vanilla

1 tsp coklat emulco

*ayak*


bahan B

1 cawan air panas


pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla dan coklat emulco~sebati

campurkan susu pekat~putar lagi kemudian masukkan pula minyak~putar sebentar.

masukkan semua bahan2 ayak tadi kacau sebati.

masukkan air panas~kacau sebati.
lengserkan loyang dengan margerin.

bakar 180'C selama 1 jam.


coklat ganashe:


untuk ganashe nye Sue guna coklat compound dan susu cair sahaja

300gm coklat compound (dark)~hiris kecil2

100ml susu cair


panaskan susu cair sehingga berbuih di bahagian tepi periuk,tutup api~masukkan coklat compound kacau sehingga coklat cair.
curahkan di atas kek yang telah sejuk.







Selasa, 10 Julai 2012

kuih lapis

Sue buat kuih lapis ni pagi sebelum pergi opis,bawak ke opis dengan loyang2 nyer sekali sebab

kuih masih panas lagi..tak boleh nak potong lagi...resepi nye mudah aje...


bahan2:


2 cawan tepung gandum

4 tbsp tepung beras

4 tbsp tepung jagung


1 cawan gula

1 tsp garam

1 kotak kecil santan (200ml)

2 cawan air



campurkan semua bahan2 di atas kacau sebati kemudian tapis kan

bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kesukaan
panaskan kukusan,gliskan loyang dengan minyak
kukus selapis demi selapis...kukus selama 5-7 minit untuk setiap lapisan

untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit dengan api sederhana sahaja.

sejukkan dahulu kemudian potong dengan menggunakan pisau plastik.

kuih lapis ni x melekat di loyang,boleh dikeluarkan cam kek ajer..
Sue gunakan loyang 7x7
dahh sejuk dahhh...masa untuk potong...
Sebab kuih ni banyak so Sue potong dan bagi pada staff2 bahagian wad dan klinik juga doktor2

Isnin, 9 Julai 2012

russian black n white cake



Sue buat kek ni untuk makan2 di rumah mak sempena meraikan hari lahir
beberapa keluarga terdekat termasuk la sue sendiri dan husband.Pertama kali mencuba buat kek ni...resepi dari rakan baru di fb naiz ismail.
sedap kek ni...walaupon agak remeh nak membuatnya ditambah pula dgn bahan2 kek yang agak mahal tapi memang berbaloi...


Bahan bahan kek:



1 cawan serbuk koko

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas

1/2 cawan susu cair~sue guna susu  segar

250gm butter

2 cawan gula perang~sue guna 1 1/2 cawan saja

4 biji telur

2 tsp esen vanilla

2 cawan tepung gandum

2 tsp baking powder



campurkan serbuk koko,gula halus dan air panas kedalam periuk,masakkan atas api kecil sehingga gula larut~ketepikan.


apabila dah sejuk,campurkan susu cair~gaul sebati.


pukul butter dan gula perang sehingga kembang kemudian campurkan telur satu persatu pukul lagi dan masukkan esen vanilla.


ayakkan tepung dan baking powder.


campurkan tepung berselang seli dgn coklat~guna kaedah kaup balik sehingga sebati.


sapukan loyang 8' dgn butter,alas dan sapu butter lagi.


tuang adunan kedalam loyang.


bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan.


suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

angkat dan sejukkan atas redai.

 


cream cheese frosting dan ganache untuk filling.

 bahan-bahan cream cheese frosting:



500gm cream cheese


250gm mascarpone


100gm gula aising


1 tsp serbuk nescaffe~sue guna serbuk kopi aje sebab dirumah sue tak ade nescaffe.
pukul cream cheese dan mascarpone sehingga sebati dan lembut.



masukkan gula aising~sebati kemudian campurkan serbuk nescaffe.


masukkan 1/2 adunan ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.


bahan-bahan ganache untuk filling:

50ml whipping cream

200gm coklat compound

hiris halus coklat

panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi2 periuk,tutup api dan masukkan coklat

kacau sehingga coklat larut dan cair

masukkan semua filling ke dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk 10 minit.


**tujuan sejukkan filling agar senang masa kita nak paipkan di atas kek nanti**




potong kek kepada 3 bahagian



Paipkan cream cheese frosting



kemudian paipkan ganache coklat pula

Buat untuk lapisan yang kedua

apabila dah siap,sapu dan ratakan lebihan cream cheese tadi dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam

nak curahkan coklat ganache pulak


bahan-bahan coklat ganache:



100ml whipping cream


300gm coklat compound~hiris kecil2

panaskan whipping cream sehingga berbuih di tepi2 periuk,tutup api dan masukkan coklat compound terus kacau sehingga coklat larut


sue tambah 2tbsp liquid glucose

curahkan atas kek

siap dah...sejukkan dalam peti sejuk semula...

Sue make-up sikit kek ni sebab ni birthday cake kann...sue gunakan buttercream ajer...


Sue buat cupcakes juga...cupcakes ni untuk diberi pada kawan2 di opis dan nursery atiqah




bahagian dalam kek