Halaman

Selasa, 29 Jun 2010

DRAGON FRUIT



                                                    POKOK NAGA PAK ITAM

Lokasi: Rumah Dusun Kg Rengai, Penjom Kuala Lipis.





 Bunga pokok naga,jika ia kembang lagi cantik..


Yang ni buah nyer..nampak tak sungai tu...tempat bermandi manda budak2..


Yang ni pulak untuk di makan..fresh..baru petik dari pokok.




Khamis, 29 April 2010

EGG TART



Resepi asal dr Aunty Yochana tp yg ni Su ambil dari Blog Jun.Su buat double sebab nak bawa ke Putrajaya untuk gathering dan bagi mak.1st time buat..ok..senang dan sedap..cuma gula untuk custard tu Su kurangkan 30gm,susu pulak Su guna 500ml jer.


125gm butter-chilled
60gm icing sugar
1/2 egg white
1 egg yolk
200gm plain flour
1/2 tsp vanilla essence

Egg Custard:

280gm fresh milk
160gm sugar
3 nos eggs
1/2 tsp vanilla essence

For pate sucree:
Beat butter and icing sugar till well mixed.
add in egg-mix then add in vanilla essence.
add in flour and mix into a dough.
rest for 10 minutes-press dough into small tart moulds.
bake the tart shell till half-cooked-(10-15 minutes,175'C)

For egg custard:
heat sugar and milk together,once sugar dissolves off heat.
add eggs and vanilla essence,mix well than sift.
pour into tart moulds and bake till egg custard sets-(15 minutes,175'C)




Khamis, 8 April 2010

BERGEDEL



Bergedil ni buat sebelum balik Lipis,saje nak menghabiskan stok ubi kentang.Resepi ikut suka hati Su aje..
pandai2 la adjust yang mana patut eh..Su cuma letak bahan2 jer...byk mana nak letak ikut suka laa..

Bahan2:

ubi kentang-digoreng @ rebus dan dihancurkan.
daging kisar
bawang besar-dicincang
cili besar-dicincang
daun sup-dihiris halus
telur
garam
kiub ayam
tepung gandum-sedikit,untuk membentuk bergedil.

SUP AYAM


                                                  Resepi dari blog Mat Gebu.Resepi nanti..

Ni resepinye:

5-6 ketul ayam kampung.
3/4 tbsp lada hitam ditumbuk hancur.
1/2 inci halia diparut.
3 ulas bawang putih diparut.
1/2 inci kunyit hidup diparut.
11/2 inci halia dihiris nipis.
Garam secukup rasa.
Air.
Hirisan daun sup dan daun bawang.

Gaul ayam dengan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam.
Masukkan ayam kedalam periuk dan campurkan air secukupnya.
Masak sehingga mendidih kemudian kecilkan api dan reneh sehingga ayam lembut.

Khamis, 1 April 2010

ZOO TAIPING

Zahin nak melawat zoo...




Zahin dok mintak uminya beli macam2...topi,teropong...monyet pun nak jugak...

Ahad, 7 Mac 2010

KEK LAPIS RAK BUKU





Tempahan untuk hantaran perkahwinan.


Resepi untuk bahagian tengah:


6 biji telur (gred medium)
80gm icing sugar
1 tbsp ovellete
250gm butter-Su guna farmcows
125gm susu pekat
100gm tepung gandum-Su guna self-raising flour jer
1 tsp baking powder
1 tsp coklat emulco
1 tsp perisa oren
1 tsp strawbery emulco
pewarna oren
pewarna pink
pewarna hijau


Gris loyang 8' x 8'
Telur,gula dan ovellette high speed sehingga kembang dan gebu.
Campurkan tepung sedikit demi sedikit kaedah kaup balik menggunakan spatula saja.
Dalam bekas lain pukul butter dan susu pekat sehingga kembang.
Campurkan butter ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
Pastikan adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
1 bhgn letak coklat emulco.
1 bhgn letak perisa dan pewarna oren.
1 bhgn letak strawbery emulco dan pewarna pink.
1 bhgn letak warna hijau.
Bakar selapis demi selapis 180'C sehingga permukaan atasnya berwarna perang.
Sejukkan dan potong 3.5cm dan sapukan jem.
Pastikan ukurannya 7'x7.


Bahagian atas dan bawah:

Resepi yang sama seperti diatas,cuma tambahkan 1 tbsp horliks.
Guna loyang 7'x7'.
Buat 6 lapisan,sapukan jem dan letakkan bahagian tengah dgn cermat.
Buat lagi 6 lapisan.
Pastikan kek benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang.







KEK LAPIS DWI KELAPA PANDAN


Buat kek ni untuk tempahan kenduri kahwin.Resepi dr Chef Zubaidah.

Bahan-bahan:

250gm butter
125gm self raising flour
100 icing sugar
50gm susu cair
30gm santan serbuk
6 biji telur -medium size
1 tbsp ovelette
Pewarna kuning lemon,pewarna hijau dan pewarna pink
Perisa pandan
1 tbsp jem strawberry


Telur,gula aising dan ovellete-high speed sehingga pekat dan putih.
Ayak tepung dan serbuk santan.
Campurkan tepung kedalam adunan telur berselang seli dengan susu cair-low speed.
Dalam mangkuk lain pukul butter sehingga kembang.
Campurkan kedalam adunan telur sedikit demi sedikit-kaedah kaup balik.
1/2 bahagian campurkan pewarna kuning lemon.
1/4 bahagian campurkan pewarna hijau dan perisa pandan.
1/4 bahagian campurkan pewarna pink dan jem strawbery.
Gris loyang 7'x7' dan alas dasar dgn kertas.
Bakar yang warna kuning 2 lapis.
Bakar yang warna pink 1 lapis.
Bakar yang warna hijau 1 lapis.
Lapisan terakhir taburkan sedikit kelapa kering.
Suhu 180'C.




.