Halaman

Khamis, 13 Mac 2014

kek span strawberry

sumber: mai share resepi di fb

sue buat kek ini untuk atiqah...dah lama dia minta kek gambar bear...buat untuk dia makan dengan cikgu dan kawan-kawan nursery...

2 cawan tepung gandum~ayak
1 tsp baking powder-ayak
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1 tsp strawberry emulco
1 tsp pewarna pink
3/4 cawan air@fresh milk@susu cair

campurkan semua bahan-bahan diatas kecuali tepung,blend sehingga halus dan berkrim...masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati...

gris loyang...tuang adunan...bakar selama 45 minit dengan suhu 170'C.

untuk hiasan,sue hanya gunakan fresh cream.


Selasa, 4 Mac 2014

chilled blueberry cheesecake


bahan-bahan:

200gm biskut digestive~boleh juga guna biskut oreo,tiger atau marie

80gm butter~dicairkan

250gm cream cheese

130gm gula halus

1 1/2 tbsp serbuk gelatin

1 cawan air suam

200ml whipping cream

blueberry filling

1 tbsp jus lemon~tak nak letak pon x apa...


hancurkan biskut,campurkan dengan butter cair gaul sebati..tekan kedalam loyang..su guna loyang 7' yang boleh dibuka bahagian bawahnya.

tekan padat...dan masukkan kedalam peti sejuk.

masukkan gelatin kedalam air suam~larutkan...

putar cream cheese dan gula halus sehingga berkrim

masukkan gelatin..putar sebati...ketepikan.

putar whipping cream~masukkan whipping cream kedalam adunan cheese~putar sebati...

masukkan jus lemon

su suka masukkan 2 atau 3 sudu besar blueberry filling,putar sedikit dan perlahan saja~jika tak nak masukkan pon tak apa...

tuang kedalam loyang yang ada biskut tadi

sejukkan didalam peti sejuk selama 3 atau 4 jam atau sehingga ianya mengeras..

ratakan blueberry filling dipermukaan cheesecake...keluarkan dari loyang dan hidangkan...sedap dimakan ketika kek sejuk.

Ahad, 2 Mac 2014

sagu gula melaka



sumber:dari blog kakjee


kegemaran atiqah...dia suka makan sagu gula melaka ni dicampur dengan buah strawberry...sedap makan sejuk...
su buat ni untuk berbuka puasa...

bahan-bahan:

1 cawan sagu biji
4 cawan air
santan@susu cair@susu segar
gula melaka
1 helai daun pandan

rendam sagu selama 20 minit

masak 4 cawan air sehingga mendidih

toskan sagu...masukkan kedalam air mendidih...masak sehingga sagu berubah menjadi jernih.

tuang sagu kedalam bekas-bekas kecil atau loyang...

sejukkan...

sediakan kuah...masak gula melaka~tapis~campurkan santan dan daun pandan...masak sehingga mendidih...su guna susu segar.





agar-agar berlapis mangga pandan


sumber:dari rancangan masak2 hypptv


kebetulan ada buah mangga..jadi su buat la agar-agar ni...


bahan-bahan:

20gm serbuk agar-agar
6 cawan air
250ml susu segar ( 1 cawan)
3 tbsp gula
1 biji buah mangga~di blend dengan 1/2 cawan air
2 helai daun pandan~di blend dengan 1/2 cawan air dan tapis


masak air ,serbuk agar-agar dan gula sehingga larut...masukkan susu segar...sentiasa kacau...sehingga mendidih..

ambil sebahagian,masukkan kedalam loyang...tunggu sehingga ia mengeras..

bahagikan dua bahagian agar-agar,masak dengan api yang paling kecil...

satu bahagian masukkan mangga yang telah di blend tadi...

satu bahagian lagi masukkan jus pandan

apabila lapisan putih sudah mengeras...tuang perlahan-lahan lapisan mangga...tunggu sehingga keras...akhir sekali tuang lapisan pandan...sejukkan...


apam gebu yang simple










sumber:kongsi resepi fb


bahan-bahan:

1 biji telur
1/2 cawan gula
2 cawan tepung kek
3/4 cawan air ais krim soda

sedia dan panaskan kukusan.

putar telur dan gula sehingga putih lebih kurang 5 minit.

masukkan tepung kek dan air ais krim soda~putar sebati.

kukus selama 10 minit.



cornflakes berempah



sumber:blog jun

sedap dan senang jer nak buat...cuma pastikan semua bahan-bahan telah tersedia sebab bahan tumisan mudah hangus...proses buat cornflakes berempah ni kena cepat...

bahan-bahan:

3 cawan cornflakes

2 tbsp minyak

1/2 tsp jintan putih

1/2 cawan kekacang (dipanggang)

1/2 cawan raisin

1/2 cawan ikan bilis (digoreng)

1 tsp serbuk cili

1/3 tsp serbuk kunyit

1 tsp garam~boleh dikurangkan

1/2 tsp gula

1 tsp jus limau


sediakan dan sukat semua bahan-bahan.

panaskan minyak...guna api kecil...tumis jintan putih sehingga wangi...masukkan garam..gula...jus limau...kacau sebentar dan terus masukkan cornflakes,ikan bilis,raisin dan kekacang...kacau rata..masukkan pula serbuk cili dan serbuk kunyit...kacau sehingga rata...tutup api...dan sejukkan...simpan di dalam bekas kedap udara.


su sediakan bahan2 seperti diatas...baru panaskan minyak...

moist marble orange cake


sumber: blog che mat gebu (tiffinbiru)

kek yang sungguh lembut dan sedap..dengan rasa oren dan coklat...semasa kek di bakar harum semerbak bau oren dan coklat...hinggakan atiqah bertanya beberapa kali..umi,kek dah masak ke belum...

bahan-bahan:

130gm butter berkualiti tinggi (anchor,scs)...su guna scs

1 cawan self raising flour~ayak

2 biji telur gred A~asingkan putih dan kuning

3/4 cawan gula kastor~asingkan 1 tbsp

1 biji oren~parut kulit dan perah jus nya

1 tsp coklat emulco


panaskan oven 175'C..lengser loyang 8x3.5x3.5...su guna loyang bulat size 7.

putar putih telur dan 1 tbsp gula kastor sehingga putih dan kental~ketepikan.

dalam mangkuk yang lain,putar butter dan gula kastor sehingga putih,campurkan kuning telur dan putar sebati.

masukkan parutan kulit oren~putar rata.

low speed~masukkan jus oren berselang seli dengan tepung self raising flour~putar rata.

masukkan putih telur~guna kaedah kaup balik sahaja~sehingga sebati...asingkan 4 tbsp dan campurkan dengan coklat emulco.


tuang adunan kedalam loyang...sudukan adunan coklat dibahagian atas dan lorekkkan.

bakar selama 45 minit atau sehingga masak.